Thursday 22 October 2009

waa... Bohsan... Tak ada kerja lepas PMR..





Korang nak tau nape aku tak datang sekolah.. Well.. Aku lepak kat rumah laa... Kat sekolah tak ada aktiviti yang menarik. Ceramah je.. Ntah ape-ape ntah.. Buat laa sukan antara kelas.. Kan best.. Boleh menyihatkan tubuh badan. Hari ni macam hari cuti biasa.. Cuma yang bezanya mak aku cuti.. Jadi dia duduk kat rumah sekali la.. Weyh, aku lupa laa ape nak tulis.. Jadi chow dulu.. nanti aku dah dapat inspirasi nanti aku post yang baru.. Bye..

Friday 16 October 2009

Dah Botak.!

Woit, hari ni aku dah botak.! Malas laa aku nak bela rambut panjang.. Buang Masa.. Aku tengah bosan ni.! Nanti pergi rumah auntie Zai (Cik Zai).

Thursday 15 October 2009

Hoi.!! Dah Bebas.!!


Hahaha, Best betul.!! Aku akhirnya bebas.. Ni hari kedua aku cuti.. Macam biasalaa.. kalo aku cuti. Makan, tido laa keje aku.. Lepas tu tengok TV.. Layan MHI.. Aku baru lepas baca satu blog ni... Bapak ah ayat falsafah betul.. Aku pun tak berape paham.. aku terus tutup.. Malas nak peningkan kepala. 2 bulan ni boleh laa aku tenangkan minda.. Tahun depan form 4, ARGHH... Ape lagi aku nak cakap ek??.. Ha.!! Semalam bapak aku ada bagi senarai aktivi sekolah.. Aku tengok banyak taklimat jee.. Bapak boring nak pegi.. Duduk rumah main PS lagi best. Nanti aku nak datang sekolah gak sebab aku nak hantar buku teks.. Ha.. Untuk beberapa hari ni aku kerap laa sikit online.. Maklumlaa... aku dah dibebaskan dari 'penjara' PMR.! Nanti keputusan macam mana arh.. Takut gak aku... Maklomlaa.. Dah laa. aku tak nak tulis banyak-banyak, Tangan aku dah penat.. Lagipun kalo aku tulis banyak-banyak bukan korang baca pun.!! Bye.. Sweet Dream.!

Sunday 11 October 2009

Esok ada Kelas Tambahan


Esok ada kelas tambahan Math.! ARGHH.!! Math paling aku blur.! Tolong.!! Aku nak semua A.!! Harap-harap termakbul ah doa aku!! Isnin nanti PMR subjek Sejarah dan Math.!! Berdegup-degup.!!

Friday 9 October 2009

Baru habis Kertas Geo.



Baru tadi aku habis kertas geografi. Untuk dapat A, aku rasa 50-50 ah. Tapi doakanlah dapat A. Nanti cuti 2 hari, Sabtu dan Ahad. Hari ni patutnya ada kelas tambahan Math, Tapi bila aku tanya diorang (budak kelas) diorang semua tak tau. Aku pun ragu-ragu nak pergi. Sebab, Aku kena tunggu hampir 6 Jam kat sekolah. Membazir je masa aku. 6 jam aku dah boleh tidur lena dah. lagipun, sekolah aku jauh dengan rumah. Jadi, aku malas laa.. Aku tak suka balik lambat bila sekolah jauh dari tempat tinggal aku. Nanti dalam perjalanan balik banyak pulak masalah. Kesesakan jalanraya lah itu laa ini laa.. Malas ah aku.!! Doakan aku berjaya dalam PMR. Untuk pengetahuan anda ini post aku yang ke-61.!!

Thursday 8 October 2009


Hari ni hari Khamis, 08.10.2009. Hari ni hari ke-2 PMR. Soalan semuanya dalam keadaan sederhana. Harapan aku semua subjek A. aku nak pergi ke jauh. Nak merantau tempat orang pula. Banyak soalan yang aku telah jawab. Tangan aku mula lenguh lepas tulis karangan. BI punya karangan agak mencabar di bahagian permulaan. Mula-mula aku keliru sangat. Lepas tu aku jawab juga. Aku buat karangan BI cara aku. Banyak barang aku hilang. Rugi, Rugi, Rugi. Tak apa lah. Bye, Esok ada Geografi. Aku kena buat yang terbaik.! DOAKAN AKU.!! Minggu depan pulak subjek Math dan Sej. Selasa- Kemahiran Hidup. Nak exam mesti SEMANGAT JUANG.!!! ARGHH.! Pening.!

Saturday 3 October 2009

Baca buku, Makan dan tidur.





Itulah rutin aku waktu nak hadapi PMR nanti. Sekarang aku tengah baca buku agama. Subjek agama adalah salah satu subjek yang aku sasarkan untuk dapat A. Harap semua sasaran aku berjaya lah. Hari ini hari Sabtu, adik-adik aku tengah tengok cerita hindustan. Harap aku berjaya dalam PMR.!! Doakan aku.! Lepas PMR ni, aku bolehlah kemaskini blog aku ini. Sekarang ni banyak gempa bumi. Mak aku cakap,"bumi dah tua". Aku harap di elakkanlah dari sebarang bencana dan penyakit.




Tip nak hadapi peperiksaan (Bahasa Inggeris)




With the start of examination season, its time when students can be seen doing last minute brush-up and parents last minute nagging. Exam tension, stress and anxiety are only normal but the fact is that worrying about exams is completely pointless as it does nothing but only stresses you out.


While appearing for a board examination, tell yourself you're going for a regular school or college exam. This will help you perform better. This is one of the easiest ways to keep you cool and away from the examination ado.


Start your revision at least 15 days before the exam. Last minute revision will always create confusion and panic. Memorizing something new at this point of time will bring more stress. So, concentrate on what you have already learnt.


Take light food and lots of fruits before examination. Students should eat whole fruits, which have natural, fresh, slow releasing glucose sugars, like apples, oranges and bananas. Avoid junk, oily and heavy food as it can lead you to trouble.


Examinees generally tend to get too absorbed into studying and almost forget to spare time for themselves but exercise for sure is very important during exam time. It’s best to give a few minutes to yourself and do some yoga and meditation as it relaxes your mind and body too.


Take proper rest and sleep well before examination. Take breaks, listen to some music and talk to friends as it helps in diverting your mind.


Use some relaxation technique to overcome tension before and at the time of examination.


You can try some very easy step like inhale air slowly and count 1,2,3,4 in your mind. Stretch your stomach muscles outwards. Think positive as fresh air fills your lungs. Wait and count 1…. 8 in your mind. Then exhale the air through your mouth and count 1…. 16 in your mind. Now, pull your stomach in and feel all your tension draining out of your body.


Repeat the cycle 1-2 times daily. It takes hardly 1-2 minutes but actually helps a lot.


Exams are a crucial time but still a few thing have to be followed apart from studying, like you should never panic, have a good sleep, should not believe in rumours, get to the examination centre at least an hour before the exam on the first day with a balanced attitude and never ever leave anything for the morning of the paper.


And if you are a parent please see to it that you do not pressurize children before or after the examination. Don't ask the child to solve the paper as soon as he or she gets home, keep cool and stay relaxed. Let it wait.


And as we all know “Patience Pays”.





Tip menghadapi Peperiksaan (Bahasa Melayu)




Dengan pemeriksaan awal musim, pada saat ketika pelajar boleh dilihat melakukan berus-minit terakhir dan orangtua minit terakhir mengomel. Ujian ketegangan, stres dan kecemasan hanya muzik, tetapi kenyataannya ialah bahawa merisaukan ujian sudah benar-benar sia-sia kerana tidak melakukan apapun tetapi hanya menekankan anda.


Sementara papan muncul untuk pemeriksaan, katakan kepada diri sendiri untuk kau akan biasa peperiksaan sekolah atau perguruan tinggi. Ini akan membantu anda bekerja lebih baik. Ini adalah salah satu cara termudah untuk membuat anda tetap dingin dan menjauh daripada pemeriksaan ado.


Mulai belajar anda sekurang-kurangnya 15 hari sebelum peperiksaan. Minit terakhir semakan akan selalu menciptakan kebingungan dan kepanikan. Menghafal sesuatu yang baru pada titik waktu ini akan membawa lebih banyak stres. Jadi, menumpu pada apa yang telah anda pelajari.


Muat makanan ringan dan banyak buah-buahan sebelum peperiksaan. Semua pelajar harus makan buah-buahan, yang alami, segar, lambat melepaskan glukosa gula, seperti apel, jeruk dan pisang. Elakkan sampah, berminyak dan makanan berat kerana dapat membawa anda kepada masalah.


Ujian umumnya cenderung terlalu diserap ke dalam belajar dan hampir lupa waktu luang untuk diri mereka sendiri tapi berolah raga pasti adalah sangat penting selama masa ujian. Hal terbaik untuk memberikan beberapa minit untuk diri sendiri dan melakukan yoga dan meditasi seperti relaks pikiran dan tubuh anda juga.


Muat rehat dan tidur dengan baik sebelum pemeriksaan. Muat berehat, mendengar muzik dan berbicara dengan teman-teman seperti pelencongan membantu dalam fikiran anda.


Menggunakan beberapa teknik relaksasi untuk mengatasi ketegangan sebelum dan pada saat pemeriksaan.


Anda boleh mencuba beberapa langkah yang sangat mudah seperti menghirup udara perlahan dan menghitung 1,2,3,4 dalam fikiran anda. Peregangan otot-otot perut anda ke arah luar. Berpikir positif seperti udara segar mengisi paru-paru. Tunggu dan menghitung 1 .... 8 di fikiran anda. Lalu napas udara melalui mulut dan menghitung 1 .... 16 dalam fikiran anda. Sekarang, tarik perut anda dan merasakan semua ketegangan mengalir keluar dari tubuh anda.


Ulangi kitaran 1-2 kali setiap hari. Tidak dibutuhkan 1-2 minit tetapi sebenarnya sangat membantu.


Ujian adalah waktu penting tapi masih beberapa hal yang perlu diikuti selain daripada belajar, seperti anda seharusnya tidak panik, mempunyai tidur yang baik, tidak boleh percaya pada khabar angin, sampai ke pusat peperiksaan minimal satu jam sebelum ujian pertama hari dengan sikap yang seimbang dan tidak pernah meninggalkan apa-apa untuk pagi kertas.


Dan jika anda adalah orang tua (ibubapa) harap pastikan bahawa anda tidak menekan anak-anak sebelum atau selepas peperiksaan. Jangan meminta anak untuk memecahkan kertas akan selepas ia pulang, tetap tenang dan tetap santai. Biarkan menunggu.


Dan seperti yang kita semua tahu "Kesabaran itu berbaloi".

Friday 2 October 2009

Iran Lawan Amerika, Siapa Menang.??

Bendera Jihad.!

Aku baru sahaja tengok video di YouTube. Aku cari (search) “Iran Missile”. Banyak keputusan yang keluar. Kebanyakanya video Propaganda Barat. Berita CNN dan berita barat yang membidas Iran dengan teruk sekali. Aku pun tengok laa satu video ni yang bertajuk “Iran - Consequence of War Against Iran”. Dari video ni aku dapat fikir secara logik yang Amerika bukanlah se’kebal’ yang disangka. Lagipun, Amerika sedang mengalami kemerosotan ekonomi yang teruk. Jadi tidak mungkin mereka berani menyerang iran yang mempunyai persenjataan yang canggih dan hampir setanding senjata kuasa besar lain seperti Russia. Pada pendapat aku, Iran tidak akan menyerang mana-mana negara secara melulu kerana masyarakat dunia sedang memerhati tindak-taduk dan program ketenteraan yang sedang dijalankan Iran. Tetapi, Amerika dan sekutunya berasa terancam apabila Iran menjalankan ujian peluru berpandu dan pengayaan uraniumnya yang didakwa Amerika sebagai usaha untuk membuat bom nuklear. Israel juga berasa terancam apabila Iran memajukan sektor nuklearnya. Berdasarkan fakta dan logik akal, aku percaya yang mereka membina nuklear untuk menjana tenaga. Pemimpin Iran juga ada berkata yang mereka tidak akan menyerang mana-mana negara. Oleh itu, tiada kesangsian yang timbul kerana uranium atau bahan mentah nuklear (plutonium) berada dalam jumlah yang sederhana sikit dan hanya mampu menghasilkan 2 atau 3 bom nuklear sahaja berbanding Israel yang mempunyai gudang nuklear bawah tanah yang di anggap merbahaya kerana mempunyai lebih 40 kepala peledak nuklear yang aktif .

Iran seperti seorang budak, Amerika seperti kereta kebal.
Tidak semestinya kereta kebal akan menang.
-Gambar Hiasan

Aku berharap janganlah berlaku perang nuklear. Israel merupakan negara yang patut membimbangkan masyarakat dunia (PBB) kerana mereka mempunyai peledak nuklear yang merbahaya dengan jumlah yang banyak. Aku berdoa supaya pejuang islam yang sedang berjuang supaya menang dalam perjuangan menegakkan hukum Allah Taala. Sekarang ni, Iran umpama makhluk kerdil yang mencabar raksaksa. Tapi tak semestinya raksaksa akan menang. Kekuatan dan pengalaman Iran dalam peperangan juga tidak boleh di sangkal. Iran adalah sebuah negara yang berdaulat dan sempadan mereka tidak pernah berubah sejak 2000 tahun dahulu.! Maknanya sebelum Amerika 'lahir' lagi.!! Oleh itu, aku sebagai islam mendoakan yang terbaik untuk saudara aku yang sedang berjuang.!!

Tesion betul

Makanan ubat terbaik mengawal tekanan. -Gambar hiasan


Makanan adalah teman aku lepas habis puasa ni. Cara aku hilangkan stress senang je. Aku akan makan sampai puas.!! Rasa penat betul. Lepas balik sekolah aku kena buka buku. Kena belajar. Matematik aku masih 'blur'. Aduh, Macam mane lah nanti. Rasa takut pun ada juga. Tapi yang penting buat yang terbaik dan jangan cuai. Doakan la aku berjaya dalam PMR ni.! Kepada calon lain, Jangan takut, kalau korang takut aku lagi takut. Waa, lepas ni aku bebas. PMR lagi 6 hari dan masih mengira... Perasaan takut, teruja dan tak sabar. Hari Isnin ni kena siapkan meja. HARAP AKU BERJAYA. Sokongan moral yang penting bagi seorang PEJUANG.!! Jihad kerana ALLAH.! Amin.! 8 A!! Fuhhh... Bye....

Saturday 26 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Penat dowh Main Futsal


Tak Sangka Main Fustal pun penat. Aku tak tau sape yang menang sape yang kalah. Yang penting enjoy main. Waa, Penat kaki aku dah lenguh ni. Mengikut jam di laptop ni, Sekarang pukul 1:58. Aku masih belum tido. Perut aku agak kenyang. Ha.! aku lupa nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maafkan aku Zahir dan Batin. Doakan aku berjaya dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Aku berharap dapat ah 8A's.! Yang penting bertawakal dan usaha. Aku baru buat kertas Sejarah Kelantan. Fush, agak susah. Tapi, avarage aku dapat dalam 69-75 peratus.! Boleh di usahakan lagi. Fuhhh, Harap ah.! aku tengah Cuak gak ni. Ye ah.! Aku target nak masuk MRSM. Nak aktif sukan, nak belajar btul2. Mintak maap lah, aku jarang online. Aku nak PMR tak lama lagi. Jadi, aku tak boleh online selalu. Kadang2 takpe ah. Sekarang takde cerita seronok (best).

Monday 31 August 2009



Hari ini hari KEMERDEKAAN yang ke 52. Ramai orang bersuka-ria menyambut kemerdekaan ini. Malam tadi, selepas solat sunat Terawikh. Aku ternampak budak-budak mengibarkan Jalur Gemilang. Sambutan kemerdekaan di sambut dengan meriah sekali. Ramai orang ke Dataran Shah Alam. Untuk menanti waktu 12.00 pagi (+8.00 GMT/GTA), untuk menanti saat kemerdekaan yang ke-52. Tapi sayang, bendera Malaysia atau Jalur Gemilang tidak di kibarkan. Tiada lagi bendera di lampu-lampu. Tiada lagi hiasan kemerdekaan. Sayang sekali aku rasa. Aku amat kecewa. Semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia sudah luntur. Rakyat Malaysia tidak lagi bersatu untuk menyambut kemerdekaan tidak seperti semasa kita menuntut kemerdekaan dari British. Masjid juga mengadakan banyak majlis dan aktiviti tidak lupa untuk berdoa supaya negara kita terus merdeka dan maju. Bagiku, merdeka tahun ini tidak seberapa meriah. Tapi aku faham kerana umat islam berpuasa. Tetapi, marilah kita bersatu menyambut hari Merdeka.


Pada 31 ogos ini, marilah kita lupakan sengketa politik. Marilah kita bersatu. Menyambut hari kemerdekaan dengan penuh semangat patriotik. Marilah kita menyambut Hari Kebangsaan ini dengan semangat cintakan negara tanpa mengira agama, bangsa, dan warna kulit.


Pada 31 Ogos ini marilah kita menyambut kemerdekaan.!! Janganlah lupa jasa dan pengorbanan perajurit dan pejuang tanah air kita.! Mari kita kekalkan warisan kemerdekaan kita ini sehingga akhr hayat. Selamat Menyambut Kemerdekaan Yang ke-52.!

Saturday 22 August 2009

Selamat Berpuasa.


Hahaha, Cepat betul lah masa berlalu. Tiba-tiba saja ramadhan datang menjelma. Tak lama lagi Penilaian Menengah Rendah (PMR). Hari ini aku tak ada kerja nak buat. Aku tengok laptop dan tulis blog. Tapi tahun nie tak berape best sikit, Aku kene tuisyen. Tapi tak apa, aku masih boleh pergi terawikh. Hari ni aku memang tak tahu nak buat ape. Selalu kat rumah aku selalu masak. Lepas tu aku makan sampai puas, Tapi untuk satu bulan ni aku kena hentikan tabiat makan aku tu. Setiap Ramadhan aku mesti teringat satu cerita ni. Agak lawak ah. Cerita ni berlaku masa aku kechik dulu. Satu hari ni lah, aku tak tau hari ke berapa. Cuma yang aku ingat masa puasa. Mula-mula aku semangat gila nak puasa. Tapi, aku puasa sampai tengah hari je. Mula-mula aku nak sampai petang. Tapi masa waktu tengah hari aku jalan-jalan lah dalam rumah aku. Aku pusing dari bilik ke bilik. Lepas tu sampai kat bilik kakak aku. Mula-mula aku inagt tak nak masuk. Lepas tu aku masuk gak sebab dah takde kerja sangat. Aku masuk secara mangejut lah. Tiba-tiba aku nampak kakak aku makan roti cokelat, roti kegemaran aku mase tuh. Mula-mula aku nak 'report' kat mak aku. Dengan rasa yang sangat lapar, aku tegok je kakak aku makan roti. Lepas tu kakak aku 'offer' aku satu roti. Masa tu iman aku tercabar betul. Ye lah, aku masa tu budak sekolah rendah lagi. Mula-mula aku tak nak ambil. Tapi perut aku sakit nak makan. Aku pun terima lah offer kakak aku tu. Aku pun makan. Batal puasa aku. Aku makan senyap-senyap ngan kakak aku. Tu lah aku mula-mula nak jadi baik tak tau ah camne aku boleh terpengaruh.


Thursday 6 August 2009

Nak Buat Projek.!

Dah, target aku sekarang ni aku nak cemerlang dalam exam. Nak buat satu video patriotik sempena Kemerdekaan negara kita buat kali ke-52.! Selamat maju jaya MALAYSIA.!

Tuesday 4 August 2009

Hari Kantin High School Klang.
















Mula-mula memang best, Tapi lame2 rase boring pulak.










Super Tension

Ha, Trail PMR dah makin dekat. Otak aku ni macam otak-otak bakar. Bapak pening gile ah waktu ni. Aku aku tak tau ah nape Minggu ni ngan minggu lepas aku pening gila. Tak tahan. Rase macam nak mati. Sakit betul kepala aku, Badan pulak sakit2. Selsema aku belum hilang lagi. adush dah ar nak exam. Preparation pun aku belum buat. Mata aku pulak sakit kene cakar kucing.! Sial punye kucing.! Time ni aku tak tau ah ape nak buat, aku berserah je ah. Moga PMR aku 8A.! kaki aku bapak sakit.

Thursday 23 July 2009

Dia.



Dulu dia kawan saya,

Dulu dia baik,

Dulu dia pendiam.

           Tapi sekarang dia dah berubah. Sekarang, Dia sombong, sekarang dia Jahat, sekarang dia banyak cakap, sekarang dia anggap aku musuh. Sejak dulu Dia-lah kawan saya, sejak dulu-lah Dia selalu minta aku tolong Dia, Bila aku susah dia selalu tolong saya. Tapi sekarang dia dah lupakan saya. Dia dah ada kawan baru. Dia dah tak kisah pasal saya lagi. Saya tak kesah, Itu hak dia. Sekarang saya kena teruskan hidup saya cara saya. Saya tak kesah dia berubah. Siapa saya nak marah dia. Tahun ni saya dan Dia PMR. Saya harap saya dan Dia berjaya Dunia dan Akhirat. Cari kawan umpama mencari permata di padang pasir, Bukan senang nak jumpa.! Bila dah jumpa, Hargainya.



Friday 17 July 2009

Badminton.

ARGHH...
'stress' btol hari ni, Hari ni aku kalah lawan James Lee dan pasangannya. Kalah teruk.!! 21-02, 21-03.!! Bapak ah, terok btol bagi aku.! tapi takpe.! aku pun mase tu tertekan sangat. aku dah kelam-kabut.! Aku akan berusaha lagi.! Nampaknye aku tak berjaya ke Final.

Thursday 16 July 2009

Badminton Double.

Perasaan aku ni bercampur- campur, aku sekarang ni rasa bersalah betul kat pasangan beregu Najiy dan Harith Iskandar. Aku masuk badminton ni untuk jihad.! hahaha, aku nak tunjuk yang kami juga hebat dalam badminton. Lagipun aku nak jadi wakil negara satu hari nanti. Memang seronok ah masa main badminton tadi, aku menang lawan Najiy dan pasangannya.

Pasukan aku menang 21-11, 21-05. Bapak ah.! Nanti aku lawan dengan budak cina, James Lee dan pasangannya yang aku tak pasti siapa. Aku harap pasukan aku dapat menang Final. Aku dah bersedia dah, esok mungkin aku training dulu sebelum main. Sekarang ni aku dah ketagih badminton dowh.! Tak tau nape.! Best plak. Tapi takpe ah sebab badminton sukan yang sihat. Jadi aku tak kesah ah.!

Hidup aman bersama.

Hahaha, Seronok kita bersatu-padu menjayakan Malaysia . Aku tak perkauman. Aku suka bergaul dengan orang bukan melayu dan melayu. Bagi aku warna kulit bukan membezakan kita. Kita semua satu, Kita orang Malaysia. Marilah kita bersama-sama memajukan Malaysia. Kalau ada yang tak puas hati tak apa. Tapi jangan sampai menghianat negara kita sendiri. Kepada musuh, aku sebagai tenaga muda akan sedia mengorban kan nyawa aku (jika diperlukan) untuk mempertahankan AGAMA(islam) dan NEGARA(Malaysia). Kepada parajurit yang berjuang untuk agama dan negara. Berjuanglah dan terus mara, Jangan undur setapak pun. Selamat Maju Jaya.! Malaysia tanah tumpah darahku, Islam agamaku hingga ke liang lahad (kubur).

Butterfigers The Best.!


Lirik Mati Hidup Kembali - Butterfingers
Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja kupergi
Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak kujumpa
Pendirian tiada kusangka
Tak mengapa oh tak mengapa
(Chorus)

-----------------------------------
Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali
Bawakan kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali
------------------------------------
Agar sepenuh dengan pendirian
Kucapai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya
Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan
p/s :Lagu ni Smart ah.! Aku suke.! Dah lame aku nak 'show' lagu ni, Tapi aku lupe tajuk lagu..

Wednesday 15 July 2009

Aku Jarang Online ah sekarang.

Weyh kawan-kawan, hahaha, skema plak. Weyh, aku sekarang ni jarang online. Jadi, aku pun jarang ah post new blog. aku nak 'belajar' ah. Nanti PMR. Lepas PMR ni baru aku tulis banyak-banyak blog.!

Pertandingan Badminton



Amilo datang ke sini dengan harapan nak menang pertandingan Badminton yang akan diadakan pada Jumaat 17/07/2009. Pertandingan ini akan di hadiri 25 kumpulan bertanding. Pertandingan ini juga mengamalkan dasar kalah mati. Jadi aku mestilah menang dalam pertandingan ini bagi memastikan aku dapat menjuarai pertandingan selebihnya. Selain itu, amilo juga tidak akan menyerah kalah kepada sesiapa yang bermain termasuk pelajar tingkatan 6 bawah. Dengan kekuatan dan latihan yang telah di jalankan, amilo percaya yang kumpulan beregu kami akan Berjaya menang dalam pertandingan badminton terbuka ini. Pasukan kami juga telah merancang pelbagai stratergi untuk mengalahkan pihak lawan. Kami akan berjihad dalam perlawan badminton ini dan membuat sebaik mungkin. Sebenarnya amilo sekarang ni. Tadi baru cikgu norliza masuk, tanye pasal ayah. Sejarah hari ni senang ah gak. Setakat ni ujian aku rase dapat skor A. sekarang ni rambut aku botak, malas nak sikat rambut. Bukan senang nak jadi senang. Itulah motto terbaru aku.




Bukan senang nak jadi senang
Muhammad Syamil Bin Abd.Hamid / amilo_world

Saturday 11 July 2009

Bahasa Melayu bahasa ku.!

Mesej kepada sesiapa yang membantah SC & MT dalam BM.!
Bengap ah orang camtu.! orang cina pun tak suka PPSMI.! Kita Melayu yang tak sedar diri. Patutnye kita perjuangkan bahasa kita.!

tu ah.! KOrang pikir terlalu out the box ah.! Ko pikir BI je ke hidup kita?? blaja BI memang penting, Tp bahasa kita lg penting.! Lagi pon orang dulu2 pon reti BI walaupon mareka belaja SC & MT dlm BM.! Nape kita tak bley.! wei, kita belaj BM ni pon sekolah je. Nanti masuk U nnti kita boleh pilih nak BI ke BM.! Bodoh betul sape yang cakap tak reti BI takkan dapat keje. Yang penting dalam kerja adalah kerajinan kita semasa berkerja bukan soal bahasa.! Patutnye ko sebagai Orang Melayu, ko martabat kan ah BAHASA SENDIRI.!! Ko pikir BI boleh buat kita berjaya?? Aku tak pikir camtuh sebab orang inggeris tuh pun berjaya sebab usaha, bukan sebab bahasa.! Mungkin ilmu lebih banyak dalam bahasa inggeris. Tapi bahasa kita melambangkan siapa kita.! INGAT TU!! tanpa BM, kita hilang identiti kita ah.! Orang putih pun bukan kisah sangat kalo kite tau bahasa diorang.!

Wednesday 1 July 2009

Rosli Dhobi di tali gantung.



Ini adalah surat / wasiat terakhir Rosli dhobi sebelum di gantung samapai mati.
(Here is Rosli Dhobi last letter before he hang to death.)

Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.

1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.

2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita – Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat’ atau `Fardu’ kepada mereka.

3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.

4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.

5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.

6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.

7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.

8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.
Salam sembah dari anakanda.




Rosli Dhoby
1 Mac, 1950.

Pejuang Bangsa,Negara




Panggilan-Mu yang Suci

Wahai pemuda harapan bangsa
Segeralah bangun membuatkan jasa
Kebangunanmu menyedarkan Melayu bangsa
Kehalusan kemajuan aman sentosa

Wahai pemuda bercita suci
Kekalkan Sarawak negara kita yang asli
Meskipun bagaimana ancaman terjadi
Hendaklah sehidup semati

Mengibarkan bendera menggambarkan hati
Menunjukkan rupa bangsa dan negeri
Mengenangkan hak di tanah air sendiri

Wahai pemuda yang bersemangatkan gelisah
Insaflah pada perjuangan bangsa
Lambat-bangat ditakzir Allah
Bangsa dan tanah air tetap merdeka

Nota: Petikan sajak ini telah ditulis oleh Rosli Dhobi dengan menggunakan nama samaran Lidros.

Sunday 28 June 2009

Lalala... Kerja, Kerja, Kerja.

aku baru lepas dengar berita kat Tv3. Pasal Rakyat Malaysia yang terlalu memilih perkerjaan. Pada pendapat aku la.. Rakyat Malaysia bukan tak nak atau tak suka jadi pembantu rumah. ade yang boleh jadi, Tp memang dh manjadi sikap / tabiat kita yg suke Pandang rendah kt orang yang b'gaji rendah, Takde pangkat. ntah pape ntah. Aku malas nak pikir pasal sikap kita. Ha, Ubah la sikap.! Sebab tuh aku nak jd petani, aku nak tengok. Bile aku susah sape nk tolong aku. weyh, duit kita berbilion habis untuk menggaji orang asing sahaja. Puluhan bilio lagi habis sebab nak import makanan ke negara kita. Renungkanlah..

Saturday 27 June 2009

Rosli Dhobi

"Kalau saudara benar-benar kasih dan cinta akan tanah tumpah saudara-saudara,Berjuanglah dan terus mara, Tanpa undur setapak pun. Perjuangkan hak kita. Nama-nama kita akan tercatat dan terpahat kukuh dalam lembaran sajarah tanah air sebagai pahalawan yang berjuang untuk nusa dan bangsa."


Rosli Dhobi.

Monday 22 June 2009

Baru Balik Sekolah.

Aku baru je balik sekolah. Hari ni sekolah balik awal. Pukul 12.50 a.m dah balik. Aku tak buat ape-ape sekarang. Just, lepak sambil online. Aku tak tau ape nak buat.! Aku dengar SMKS9 punye budak kene H1N1.

Friday 19 June 2009

Pening, Pening, Pening.!! ARGHH,!

adush, Truk btul ah hari ni. Kak Ya mengamuk. Macam orang gila.!! Bapak tak tahan ah aku.! Mental aku btul2 diuji hari ni.! AKU KENE SABOR.! Aku nak gi tuisyen. Nanti, Bilew mood aku dh baik sikit aku 'Post' blog yang lain.

Thursday 18 June 2009

ARGH.!! Tension btul ah aku.!!


ARGHH.!!! Tension ah aku.!! Folio pon blum siap lg.!! Cikgu kate dah tak buleh antar.! tinggal nak print je, cikgu.! hari ni aku takde cerite yang best. Hanya teruskan rutin kehidupan aku. Bangun, Mandi, Solat Subuh, sekolah, belajar, makan, belajar, solat Zohor, makan, tido, Asar, Tandas, Maghrib, Tv, Isyak,tido. Hahaha.! nak cakap ape pon aku tak tau. Tadi ATIQAH BINTI ABDOL HAMID kacau aku. Jadi idea aku lari berterabur.! ntah aku lupe ah ape yang aku nak cakap tadi.!! Di sebabkan dia kacau aku tadi. Aku nak cakap sikit, Dia ni memang cakap banyak.! aku pun tak tau nape. Memang mulut dia Lazer macam tuh kowt. Tapi bile jumpe aku. Dia diam je. Ape lagi, aku pun diam ah. Aku nie kan 'tak Peramah'. Aku tak tau ape nak ckp pasal dia. Yang aku tau dia anak Cik Wok.!!

Wednesday 17 June 2009

Selamat Ulang Tahun Sayang.

Best sial lagu selamat ulang tahun sayang by Imran Ajmain. Bapak diew smart dowh lagunyer. Teringat aku kt seseorang (perempuan) yang aku suke tapi dia dah pindah sekolah (Masa sekolah rendah). Dah ah baik ngan aku pastu peramah plak tuh. Nape ah aku tak sempat nak approch dia.?? Menyesal pulak aku kenangkan semua tu. Yew ah. Sekarang aku kt sekolah lelaki. Sekolah yang paling Boring dan umpama NERAKA Dunia bagi aku. Tapi takpe aku nak keluar dari sekolah tu mase Form 4 nie gak tak kesah ah..!!

Tuesday 16 June 2009

Penat betul main badminton tadi.

ARGHH.!!

Aku kalah mase main badminton tadi.!! 21-12, 21-17, 21-17, 22-20. Kalah lawan Shafiq. Takpe ah. aku pun lame tak main. lame gak kitaorang main tadi. Aku lambat nak 'pick up' ah bile nak habis game baru aku jadi 'power'. Sekarang ni pukul 12:00 a.m, aku nak tido. Mid-Year Exam aku teruk nak mampos. Harap PMR 8 A.!!

Thursday 11 June 2009

Ramai Yang Delete aku dalam Myspace.

Sorry ah, Aku tak de mood nak komen korang ah. Aku pun online kejap je.! Ye ah, Aku nak baca buku laa.. Ni je yang aku nak cakap. Weyh, cuti dah nak habis. bersiap sedia ah nak sekolah.!!

Wednesday 10 June 2009

Nak Buat camne ek blog ni.

Aku tengah update, Blog ni. Aku tengah menambah baik blog ni. Aku tak tau nak buat macam mana. Maksud aku aku nak blog ni nampak cantik, Tapi aku tak tau nak letak warna sesuai. Jadi aku minta ah pendapat korang. Aku harap korang dapat beri idea yang yang bernas.

Semalam Tidur Lambat.!

Ha, Semalam aku tido lambat betol. Aku tido dekat pukul 4 pagi. Pastu aku bangun pukul 10 pagi, maknanye aku tido selama 4 jam ah.! Semalam aku baca buku. Sejarah dan Bahasa Melayu. Rambut aku dah panjang ni. Aku dalam dilema, Nak potong botak ke nak potong pendek?? Tak tau ah aku.!

Sejarah telah membuktikan.

Aku tengah tengo Youtube ni. Sambil tu aku pun ade gak tengok blog-blog dari Indonesia. Aku rase pelk ah, Kenapa indon indon tuh benci sangat dengan orang Malaysia atau lebih tepat orang Melayu. Kenapa pun aku tak tau. Aku pernah terbaca artikel di surat khabar ke majalah. Aku lupe, Tapi biasanya orang indon yang selalu cakap 'tak berlapik' nie adalah orang indon yang aties.?? Aku tak tau ah. Aku bace je. Setahu aku Konfrontasi dah tamat. Sukaerno pun dah ditumbang kan soeharto. Aku pelik kenapa orang indonesia masih nak teruskan kempen 'Ganyang Malaysia'. Kepada warga indonesia yang baca blog aku ni. Bapak2 dan ibu2, Silalah rujuk sejarah. Jangan nak buat tuduhan melulu.!! Aku tak suka orang macam tu.!! Lagipun, Janganlah bersikap terlalu ageresif.!! Belajar dari sejarah, Dan jangan ulanginya.!! Harap korang paham ah cakap aku ni.!

Monday 8 June 2009

Perebutan Ambalat.

naik rakit ke seberang,
mendayung-dayung keletihan,
kalau indonesia nak juga berperang,
malaysia tiada pilihan kena bertahan.
Aku tengok Youtube memang ah tak puas hati tengok indon tuh, Memang mengarut ah diorang.! Malaysia sudah menafikan kapal perang Malaysia masuk Wilayah Indonesia. Tu pun mereka masih tak puas hati. Kalau tak puas hati sangat pergi ah report kat mahkamah antarabangsa. Jangan nak cakap benda yang mengarut.! Pemimpin Indonesia pun pelik aku tengok. Mereka seolah-olah nak sangat berperang dengan Malaysia. Media kat sana bukan nak menyokong kedamaian, malah mereka seolah-olah melaga-lagakan Malaysia denga Indonesia. Kalau merekan nak berperang kita tak boleh buat apa selain mempertahankan diri. Aku percaya semua ini boleh di selesaikan secara damai. Bukan Perang.!! Kalau diorang nak perang juga. Aku akan mempertahankan tanah air aku, Malaysia. Bagi aku orang yang mengancam Malaysia adalah musuh negara. Jadi aku terpaksa mempertahankannya.
Perang tidak faedahnya. Yang menang jadi arang, Yang kalah jadi Abu.

Sunday 7 June 2009

More about me.

Get to Know Me

About You

Nicknameamilo_world
SexMale
Eye ColorBrown
Hair ColorBlack
Heightnot sure
Favorite Colorgreen and Black
Your Carnot yet
Your HometownShah Alam
Your Present TownShah Alam
Your Crush's First NameTop secret
Your Gradenot sure
Your StyleNeutral

Favorites

Banda lot.
MovieThe Terminal.! and many more.!
TV showas long it not Sinetron.
Songa lot.!
ColorGreen, blue, Black, White
CigaretteNot smoking ah.!
Pastimewhen i was 12 year old.!

Have You Ever

Sat on your rooftopyeah
Kissed someone in the rainno, i keep it for my wife.!
Danced in a public placeNot sure.
Smiled for no reasonSometime. Hahaha.!!
Laughed so hard you criednot sure.?
Written a songNo, But i'll after buy a guitar.
Sang to someone for no reasonyes, to my friend but for nothing.
Performed on a stagemany times.
Talked to someone you don't knowyeah.!
Made out in a theaternot sure
Gone roller skating since 8th gradeno.
Been in loveidk where she go now.But yes.
A near death experienceno.!
Sang in front of a large audienceyeah, when in standard 4.

Can You

Write with both handsno, But i'll try.
WhistleYes.
Blow a bubbleWhat you mean??
Roll your tongueno.
Cross your eyessometime.
Touch your tongue to your noseno
DanceNot sure.
Speak a different languageEnglish
Cook anythingNasi Goreng, Sup ekor.!

Are you

Fighterif i get mad.!
SmokerNO.!!
DrinkerNO.!!
StalkerNO.!
Man eaterhuh??
Man haternot sure.
Loverto my Wife.!
War freaksometime
Heartbreakerno.
In lovemaybe.
Bossyyeah
Friendlyno too friendly.!

More

What is your current mood?neutral
What makes you happy?Just food, internet, and My Family
Name one thing you do a lotSurf internet,.!
Name someone with the same b-day as youi have one, but i forgot his name.
Are you comfortable with your heightyeah.!

Finish The Line

If I were a ...Great Leader, i'll make this world without Border.
I wish ...to succes in life and other life.
So many people don't know ...that i don't like Gay and Lesbian(Homosexual).!
I am ...Simple man


Saturday 30 May 2009

Seronoknya Cuti.!

Hahaha, Aku sungguh bergumbira. Selepas seminggu memerah otak, Akhirnya dapat cuti.! Wah, Best gile ah! Tapi time cuti ni aku kene baca lebih banyak buku.! Sebab markah Sejarah aku semakin merosot.! Aku tak tau ah subjek lain camne. harap dapat A lah.! hahaha. Cuti nie aku punya jadual memang 'ketat'. Banyak betul ah jemputan.! Maklumlaa.. VVIP. Hahaha.! Sekarang ni dah pukul dua. Aku masih bangun dan berchat ngan kawan2 aku di Myspace.! Sekarang ni aku juga tengok Melodi.! ok, Aku chow sin chee dulu. aku nak berchat.!

Sunday 24 May 2009

Adush, Nak buat ape hari ni.

Ha, Hari ni hari Ahad. Esok Isnin, Exam. Perasaan aku becampur-campur, ade takut dan tak sabar pun ada juga.
Sebenarnya aku nak Baca buku. Tapi buku aku takde. Terutama subjek sejarah, Komsas BI & BM dan lain2 lagi.
Sekarang nie aku tangah tunggu bapak aku balik, Nak suroh dia beli buku rujukan sejarah. Tingkatan 3 punya subjek tak apa. Tak lah susah, Tapi ting.1 dan 2 yang aku tak tau. Banyak yang aku dah lupa.
Harap aku dapat Skor A dalam exam nie dan PMR nanti.! Doakan kejayaan aku.!
Aku banyak kerja khusus yang belum di habiskan. Pafa aku pun cincai boncai.!
Takpe ah. Nanti aku siapkan. Pening betulah aku.

-23/05/2009-
-Syamil B.Abd.Hamid-

Tuesday 19 May 2009

Laptop Baru.!

a'ah best btul mak aku,
Dia beli Laptop baru ah.! dan sekarang aku sedang menulis menggunakan nya (laptop ini). Sedap pulak rasanya menaip menggunakan laptop ni. Laptop ni berjenama HP, Model ape aku tak tau. Tapi yang aku tahu laptop ini adalah edisi terhad (limited edition) punye. A'ah best nyer ape nak buat, Dah rezeki. Allhamdullilah.! Aku nie bukan nak riak, Cuma nak bagi tau je.! Ok aku chow, Enjoy your Life.

-Syamil abd.Hamid-
2009

Soldier Prayer, Sedih dan bermakna.

Memang sedih ah dengar vid camnie.! Walaupun ia bukan dari Malaysia, Tapi aku berasa bersemangat pulak.!

Saturday 16 May 2009

sahabat...

Sahabat adalah perkataan paling bermakna bagi aku, Bagi aku sahabat adalah orang yang boleh di harap, orang yang boleh dipercayaai, orang yang sentiasa bersama kita sama ada senang,susah,gelak,nangis,suka,benci. Benda pertama yang aku ingat semasa nak pergi sekolah adalah sahabat. Aku taknak jadi popular, aku taknak jadi hipokrit (seorang yang berpura-pura). Aku nak jadi aku yang sebenar. Sebenarya aku di SMK Tinggi Klang tu bukan lah 'aku' yang sebenar. Sebab aku yang sebenar tidak selemah aku di SMK Tinggi Klang. Aku yang sebenar akan mencari kawan yang betul2 kawan. Yang sekepala dengan aku. Seorang yang paham aku. Seorang yang baik, terutama dengan aku.! kat sini, aku tak jumpa pun satu pun kawan yang layak dijadikan kawan atau sahabat yang baik. Ini di sebabkan aku hanyalah aku yang berpura-pura dengan kata lain, Aku yang bukan aku. Dan, aku bosan betul hidup macam ini (Berpura-pura).Sahabatlah tempat aku mengadu. Sahabatlah tempat aku membetulkan kesalahan aku. Seorang manusia itu tidak sempurna.! Aku pun tak sempurna.! Kalau ko nak tau sape aku yang sebenar, ko tanye kawan lama aku.! Kawan lama aku lah yang kenal perangai aku yang sebenar.! Aku nie memang Panas Baran.! Memang MARAH kalau orang kacau hak aku dan menghina aku dan keluarga aku.! aku bukanlah se-Skema seperti di SMK Tinggi Klang. Tapi, Sahabatlah yang mengajar aku. Sahabatlah yang menunjukkan aku jalan yang betul. Malangnya sahabat itu tidak bersama ku lagi.! sahabat itu mengikut haluan hidupnya sendiri. Sahabat yang aku maksudkan ialah Lutfi ,aizat,Fihan, Zuazri,hazwan dan geng-geng aku masa 2006 dulu. Kami memang baik, teruk dan otai.! Aku rindu time 2006 dulu.

Saturday 4 April 2009

Cepat je masa berlalu..

huhuhu...
Jap betul masa berlalu.!!Selamat pagi semua.Aku nie tengah takde keje nie.Tengah buat projek sejarah.Hahaha,Dah nak siap dah..Kepada PN.NORLIZA BT MUHAMMED BASAR.Saya punya projek dah nak siap.Jadi puan boleh tengok nanti.
Sabtu (aku lupa arh tarikhnye) mase tuh aku ade pegi seminar anjuran Bank Rakyat dan Berita Harian.Ramai gak orang kat sane,kebanyakannya dari Klang.Aku ada tejumpa kawan lama aku.Mereka dari SMK SAAS (sekysn.2),Mereka tidak menegur aku.Tapi takpa,aku tak kesah.Aku pon dah biasa macam tuh.Masa Science adalah masa yang paling BEST dalam seminar tuh.Cikgu science tuh memang sporting.!!Suara cikgu science tuh macam Chef Wan sikit.Memang best arh belajar dengan dia.Lepas tuh,kitaorang rehat.Makan Nasi Goreng pada waktu pagi.Lepas habis makan aku masuk dewan seminar tuh balik.Pelajaran seterusnya adalah MATHEMATICS,aku blur jew mase tuh.Memang arh,Sebab soalan yang di tanya semua yang aku tak paham walaupun sepatah haram.!!.Cikgu Math ajar memang serius betul,aku tak dapat 'catch' ape yang diew ajar.Lepas Math,Rehat.Tapi aku tak pegi rehat terus,Aku gie solat Zohor dulu.Masa solat zohor tu lah yang lawak.Masa nak sembahyang tuh takde sape nak jadi Imam.Semua orang taknak jadi imam.Faridzal paksa aku jadi imam,Tapi aku taknak arh.Semakin lama,semua kebelakang.Sampai arh sorang 'Hamba Allah' nie datang.Semua Pegi depan balik.NGOKS betul.!!Lepas solat zohor,baru aku aku pergi ke kantin untuk makan tengah hari.Makanan nya aku tak pasti nasi apa yang dia bagi.Yang aku tau orang kantin tuh bagi nasi campur ayam,air minuman berserta dengan epal.Yang pelik nye,lepas aku makan.Aku tak rasa kenyang.Mungkin aku tak baca BISMILLAH kowt.Lepas rehat,mata pelajaran yang terakhir adalah Bahasa Inggeris.Aku amatlah ngantuk masa BI tuh..
Cikgu BI tuh suruh budak SAAS pindah ke belakang aku/Budak-budak high skool.Aku menyampah btul tengok sowang bdk saaa tuh.Macam arh bagos sangat.!!Cam sial jew.!!Wei,Ko jangan nak poyo.Jangan nak belagak sangat arh.!!Batak arh..!!Ko pikir,ko tuh POWER sangat sampai kurang hajor ngan cikgu.!!Sial.Lepas habis BI,seminar tuh berakhir.Tuh jew arh..
Cohw dulu..Nanti aku letak gambor.!!

Saturday 14 March 2009

nak buat profile ni lebih santai.

hahaha..Boring betul pakai bahasa baku..
skang ni aku campur aduk kan bahasa aku dalam blog ni.Senang sikit,Ramai orang Paham.Yew arh,kekadang orang malas nak baca bahasa Baku ni..Lagi pon aku bukan nak jawab soalan perikse.Weyh aku ade masalah sikit.Aku ade Folio Sejarah.Cikgu Norliza Basar suroh buat..Kepada sesiapa yang ada maklumat tentang bangunan dibawah nih:

-Bangunan Sultan Abdul Samad

-Bangunan SMK Tinggi Klang

-A'Famosa

-tolong bagi tau aku kalo korang ade maklumat tentang nya e-mail aku : AMILO_WORLD@YAHOO.COM.MY.

Diatas adalah mood aku didalam Myspace.!!Yang masih belum add aku,tolong add.!!itu arh cara aku berkomunikasi.!!

Friday 13 February 2009

Harapan saya kepada insan bernama PEMIMPIN..

Politik adalah salah satu perkara yang aku tak suka nak bincang.
tapi,aku akan cuba bercakap tentangnya (Politik Perak).Pada pendapat aku kalau dah masuk dunia politik ni susah betul nak tahu mana yang betul dan yang mana yang salah.Berita di media massa juga amat lah mengelirukan.Tapi tolonglah jangan bercakap tentang isu sensitif.!!Aku amat tak suka.!!.Semoga ALLAH Taala melindungi negara kita MALAYSIA.Sebenarnya aku tak berpihak kepada mana-mana parti politik.Aku tak kesah pun.Wahai pemimpin,sedarlah.!!janganlah kau tamak akan kuasa dan harta.Banyak tanggungjawab yang yang dipikul oleh insan yang bernama pemimpin.Buatlah keputusan yang sebaik-baiknya.Semoga MALAYSIA menjadi negara yang paling maju di dunia.Tapi kemajuan itu tidak dapat kita capai jika kita tak bersatu.!!dan JANGAN MALAS.!!!.Semoga allah melindungi MALAYSIA dan seluruh negara islam lain.Ya ALLAH,satukanlah umat Islam di seluruh dunia ini ya ALLAH.!!MALAYSIA BOLEH.!!

Thursday 29 January 2009

aku,Sebagai seorang muslim akan berJihad demi Palestin.!!




























Wahai saudara-saudara ku di Palestin.
Bersabarlah,Allah akan sentiasa lindungi mu.Allah akan sentiasa bersama kamu.
Janganlah kau takut dengan mereka.Kau berjihadlah,musnah kan mereka yang mahu memusnahkan generasi-mu.Janganlah engkau takut,Allah sentiasa bersama-mu.Sesungguhnya mereka tidak akan menang,kerana kami sentiasa menyokong-mu,Saudara-ku.Kami di Malaysia sentiasa menyokong mu.Kami di Malaysia sentiasa mendoakan kesejahteraan mu.Saudara ku,Kami akan menolong kamu sedaya-upaya kami.Kami akan menolong-mu menentang Mereka (Yahudi yang kejam).


Wahai umat islam di seluruh dunia.Bersatulah,janganlah kamu lalai dengan dunia yang sementara ini.Berjihadlah,tunjukkan pada mereka yang kita bukan pengganas.Tunjukkan pada mereka,kita boleh berjaya seperti berjayanya kita dahulu.Tunjukkan pada mereka,kita umat yang berjaya.


"Ya Allah,Kau satu kan lah seluruh umat islam di seluruh dunia,Ya Allah.Jangan lah kau musnahkan generasi islam yang akan datang,Ya Allah.Dan,kau musnah kan lah mereka yang memusuhi kami,Ya Allah."

"Kau berikan lah kedudukan yang tinggi bagi saudaraku yang gugur syahid,Ya Allah."
AL-FATIHAH buat mereka yang gugur....
AL-Fatihah...


Ingat,walaupun kita bukan berada di Palestin.Kita boleh berjihad.!!


Bagaimana.??.

Senang sahaja.

BOIKOT PRODUK MEREKA.!!!
(orang yang memusuhi islam)







Kita musnahkan ekonomi mereka.Berhenti beli barangan mereka.Tak mati kita kalau tak beli makanan mereka.!!Biar kita kelaparan dan dahaga.Berpuasa sikit.Janganlah beli PRODUK mereka.!!


Bayangkan air Coke tu DARAH saudara kita.!!
Bayangkan pakaian seperti BOSS dan lain-lain lagi tu KAIN KAPAN saudara kita.

Sekurang-kurangnya bila mereka akan lemah,Mereka akan berhenti.
BOIKOTLAH mereka sampat bila-bila.!!


ALLAH MAHA BESAR.
ALLAH MAHA MENGETAHUI.
ALLAH MAHA BERKUASA.
"YA ALLAH,SELAMATKAN LAH SAUDARA KAMI YANG DiTINDAS.MUSNAHKANLAH MUSUH-MUSUH ISLAM,YA ALLAH."












































Dah Baca ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sentiasa BersamaMu.

Sentiasa BersamaMu.
Palestin Berdarah