Tentang Saya (aMiLo)

My Photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Simple guy,like other HUMAN.!! aku seorang hamba allah yang lemah.. kalau aku ada buat salah tolong maafkan aku.. Berazam untuk berjuang untuk menjadikan Malaysia sebuah negara ISLAM yang aman dan bersatu.. Masih memahami dan pelajari logik politik..

Wednesday, 1 July 2009

Rosli Dhobi di tali gantung.



Ini adalah surat / wasiat terakhir Rosli dhobi sebelum di gantung samapai mati.
(Here is Rosli Dhobi last letter before he hang to death.)

Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.

1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.

2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita – Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat’ atau `Fardu’ kepada mereka.

3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.

4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.

5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.

6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.

7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.

8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.
Salam sembah dari anakanda.




Rosli Dhoby
1 Mac, 1950.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sentiasa BersamaMu.

Sentiasa BersamaMu.
Palestin Berdarah