Friday 26 October 2012

Pengembaraan Bermula


بسم الله

Out from my comfort zone.
Assalamualaikum warahmatullah hiwaba rokatu,

Selamat Menyambut Hari Raya Haji (korban). Unta untuk dikorban.
 

Alhamdulillah, hari ni saya diberikan kesempatan untuk meng'update' blog yang sudah berhabuk ini. Ini adalah post pertama yang saya buat luar dari Malaysia (sayang <3 afrika="afrika" amat="amat" apa="apa" berbeza="berbeza" beza="beza" dari="dari" di="di" kenapa="kenapa" malaysia.="malaysia." malaysia="malaysia" melanjutkan="melanjutkan" negara="negara" p="p" pelajaran="pelajaran" saya="saya" sebuah="sebuah" sedar="sedar" sekali="sekali" sudah="sudah" tak="tak" utara="utara" yang="yang">

Rumah yang nampak seperti tak siap. Dugaan hidup harus ditempuhi dengan tabah.!!



Kobis saiz XXXXXXXL


 

 Kobis segar dari ladang.


 Pizza yang agak murah jika dibandingkan dengan Malaysia.


 Sarapan Ta'miyya di pagi hari.



Tempat yang saya maksudkan adalah negara MESIR. Bumi anbiya, bumi barokah. Seperti yang saya tahu, Mesir atau sebutan arab "Misr" adalah pusat ilmu pangetahuan yang sangat hebat.. Pelajar dari seluruh dunia belajar dari negara ini dalam pelbagai displin ilmu. Antara yang paling popular adalah syariah, usuludin, bahasa arab dan perubatan. Bilangan pelajar malaysia juga semakin meningkat tahun demi tahun.

 Kabus dan hujan menandakan perubahan musim. Dari musim panas ke musim sejuk.

Kenapa Mesir? ada banyak sebab saya ke Mesir. Antaranya adalah, saya ingin belajar pelbagai jenis ilmu yang sukar untuk diperolehi di Malaysia. Contohnya, Bahasa Arab Amiyah, memantapkan cara untuk berkomunikasi dengan orang 'asing' (soft skill), mencari mutiara dalam debu pasir Mesir dan paling penting adalah menuntut ilmu dalam displin saya untuk manfaat manusia sejagat.

Apa perbezaan negara Mesir dengan Malaysia.
Arab sangat mudah di dekati.
  1. Anda akan lebih bersyukur lahir di Malaysia. Kenapa? Kerana di Mesir, jumlah orang miskin sangat ramai. Majoriti penduduk Mesir adalah orang miskin yang berpendapatan kurang dari LE200 (RM 100) sebulan.
  2. Di Mesir, kebanyakan urusan dilakukan secara manual dan masih menggunakan tenaga insan (manusia). Keburukan sistem ini adalah, urusan yang dilakukan terpaksa mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan berbanding sistem berkomputer. Bayangkan, anda sebagai pekerja, terpaksa memunggah timbunan kertas dan file semata-mata untuk membuat tandatangan.
  3. Orang arab Mesir sangat peramah dan mudah didekati. Ada beberapa petua yang saya nak kongsi. Pertama sekali, jika anda mahu dihormati (susah arab nak tipu), Anda perlu meninggikan suara. Cakap dengan jelas, yakin dan tegas. Macam askar nak bercakap dengan CO (Command Officer/Pegawai Pemerintah). Jangan cakap perlahan dan teragak-agak, kelak, anda akan jadi bahan mainan mereka. Kemudian, arab sangat mudah dibawa berbual. Oleh itu,banyak ayat arab baru boleh dipelajari dengan hanya perbualan (tak perlu ambil kelas arab pun). TAPI, jangan sesekali memperlawa arab yang baru dikenali untuk masuk ke rumah.
  
Ta'miyya.. Makanan yang lazat, berkhasiat. Ta'miyya hanya berharga LE1 (RM0.50). Sarapan pagi saya.


Setakat ni, tu je laa nasihat yang boleh saya kongsikan. Saya dah penat dah ni. Dah nak masuk pukul 1 AM. Eh.. lupa nak bagitau, saya belajar di Universiti Tanta. Baru masuk tahun satu. Saya berharap sangat dapat MUMTAZ setiap tahun dan pulang ke Malaysia dengan ilmu penuh di dada. Mintak maaf atas kesalahan saya. Doakan kejayaan saya dunia dan akhirat. Datanglah ke Mesir.

Tuesday 28 August 2012

Hari Raya Menjelma lagi. (2012)


Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca sekalian,
Dengan rendah hati, saya selaku admin blog ini (kisahamilo.blogspot.com) ingin memohon ampun dan maaf ikhlas dari hati kepada para pembaca sekalian jika ada terkasar bahasa, terlanjur bicara, termaki-hamun ataupun ter'post' apa jua tajuk yang mungkin membuat para pembaca sekalian tak puas hati atau terasa. Saya juga manusia biasa yang tak pernah terlepas dari melakukan kesalahan. Raya tahun ini sangat seronok kerana seluruh ahli keluarga berkumpul dan beraya bersama. Kelainan raya pada tahun ini adalah, kami sekeluarga berkonvoi ke rumah keluarga. Terasa sangat kemeriahan raya.



Tidak lupa juga, bulan kemerdekaan akan menjelma 3 hari lagi. Jadi marilah kita sedekahkan al-fatihah kepada pasukan tentera yang telah terkorban mempertahankan tanah air. Dan, marilah kita bersama mempertahankan kemerdekaan kita. Bukan sahaja kemerdekaan fizikal, malah, kemerdekaan mental dan gaya hidup.

Bila Semangat Raya Dan Merdeka bergabung.!!

SALAM LEBARAN


Friday 24 August 2012

My new girlfriends.

She is my first girlfriend, my only girlfriends. I have dream to have her for a very long time. Finally, I owned her with full honor. Even tough, she blacks with silver aluminum. I still loves her not because of her black apparent. But, her spec that my heart melt.


Monday 20 August 2012

SELAMAT HARI RAYA Skot.

Meriam ARTILERI sudah
kedengaran,RISIK dan SNIPER dah dapat
jejak anak bulan, RAMD sibuk berlatih
membakar lemang, geng ARMOR pula
merancang beraye dgn baju besi, KPD
buat2 sibuk kat dapur, KPA sibuk nak
balas kad raye, ORDNANS masih lg
mencari baju raye, RANJER masih lg
dihutan,SEMBOYAN kecoh bagitau esok
dah raye,JLJ tgh merangkak bawah land rover, RAJD kat lebuh raya lg,MP
sibuk dgn op sikap, KAGAT sibuk bentang
sejadah dimasjid, KOMANDO kalut nk
buat bbq, PARA tenang walaupun silap
kampung.. Walau sibuk mane pun
kite..saya disini mngucapkan 

SELAMAT
HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN :D

Wednesday 15 August 2012

My phobia.


I do have this type of phobia. My target, for now, I have to improve my self confidence. It is a type of social anxiety which a guy cannot speak or even look at the woman face. As with any phobia, the symptoms vary by person depending on their level of fear. The symptoms typically include extreme anxiety, dread and anything associated with panic such as shortness of breath, rapid breathing, irregular heartbeat, sweating, excessive sweating, nausea, dry mouth, nausea, inability to articulate words or sentences, dry mouth and shaking. 

Conclusion, I have to train my best to overcome this type of phobia. 

Thursday 28 June 2012

Baldi dan kehidupan di MRSM.

Assalamualaikum kepada para pembaca yang dikasihi sekalian,

             Baldi memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan MRSM khas nya dan asrama am nya. Tanpa baldi, hati ini sangat gundah gulana memikirkan masa depan yang tidak menentu. Walaupun dipandang hina oleh sesetengah orang, tetapi baldi lah yang banyak memberi jasa yang tidak ternilai pada baju-baju ku. Kisah nya bermula diwaktu pagi semasa ketiadaan air, baldiku digunakan untuk menandah saki baki air yang masih menitik dari paip. Walaupun arus air bergerak perlahan, baldiku dengan setia menadah air untuk ku mandi. Akhirnya, dapat juga aku mandi dengan penuh keasyik kan sehingga tidak ingat dunia. Dan, setelah balik dari sekolah, baldi ku dengan setia menunggu ku di hadapan pintu. Tanpa belas kasihan, aku mencampak kan baju kotor dan busuk ku ke dalam mulut baldi. Baldi dengan baik hatinya 'menelan' baju ku. Baldi tidak kisah baju tu kotor dan hapak, janji dia dapat berbakti kepada ku. Adapun, bila perut baldiku penuh.. Baldi tidak pernah mengeluh, meleter, menghina dan mencaciku. Baldi senyap dan redha dengan sikapku.  Tiba masa nya aku membasuh pakaian ku di hujung minggu. Aku mengheret dan menyepak lembut baldiku hingga sampai ke tandas sebelah bilik ku. Walaupun beban yang berat terpaksa di bawa baldiku, tetap, baldiku tidak mengeluh, bahkan terus berkhidmat kepada ku. Aku penuh kan air sabun di dalam baldi ku. Bau busuk pakaian ku hilang dan bau harum sabun pakaian memenuhi ruang tandas yang sememangnya busuk. Aku rendam pakaian ku di dalam baldi ku, kemudian, satu per satu pakaian ku sabun dan basuh dengan pengosok merahku. Aku gosok sekuat hatiku dengan harapan kesan degil akan hilang dan bau peluh dari baju akan hilang. Selepas puas, aku bilas baju ku. Aku bilas sehingga baju itu bersih dari sebarang kesan sabun. Aku asingkan baju yang dibasuh di sinki bersebelahan. Kemudian aku ulang prosedur yang sama hingga tiada baju di baldi ku. Setelah selesai membasuh baju, aku buang baki air sabun yang terdapat dalam baldiku. Kemudian aku cuci dengan lemah lembut sehingga tiada saki baki sabun yang tinggal. Lalu, aku perah bajuku satu per satu sehingga bajuku kering. Aku masukkan baju yang kering ke dalam baldi kesayangan ku. Setelah semua baju selesai diperah, aku angkat baldiku ke ampaian di sebelah tandas. Aku berjalan sambil mencari ampaian yang masih kosong."aahh.. situ dia.!", bisik ku dalam hati. Alhamdulillah, ada juga ampaian untuk ku menjemur pakaian ku. Aku jemur pakaian ku semasa matahari tegak berada di atas kepala ku. Semua baju selesai di jemur, aku letak baldi ku di sebelah ampaian dan aku bergegas ke kelas untuk mentelaah pelajaran yang masih tidak ku fahami. Dengan kadar sepantas kilat, aku menyiapkan diriku dengan pakaian smart casual untuk ke kelas. Kemudian, aku keluar dari bilik ku sambil berdoa supaya diberi kefahaman dalam pelajaranku. Aku berjalan seorang diri ke kelas, melalui dewan selera lelaki dan terus ke kelas ku 4 Al-Farabi.. Tiada orang dalam kelas ku.. Aku seorang sahaja, tetapi, itu tidak mematahkan semangatku untuk menimba ilmu. Aku sentiasa berpegang pada nasihat guru ku,"Susah susah dulu, senang senang kemudian.". Setelah lebih 3 jam berada di dalam kelas, tiba-tiba aku teringat yang waktu makan tengah hari sudah berlalu. Lebih 30 minit kemudian, awan mendung mula kelihatan. Semakin lama, persekitaran semakin gelap. Aku teringat baju jemuran ku yag masih di asrama. Aku simpan alat tulis ku dan bergegas ke asrama Al-Ghazali. Setitik demi setitik air hujan jatuh membasahi bumi. Hujan semakin lebat dan angin mula bertiup kencang. Aku berlari ke asrama ku, setelah sampai, aku segera ke ampaian. Alangkah kecewanya hatiku bila Baldi yang banyak berjasa telah hilang. Mungkin diambil orang, mungkin juga orang terambil. Rasa menyesal mula menghantui diriku. "kenapa lah aku tak simpan Baldiku dalam bilik?!", bisik hatiku. Jemuran ku aku angkat. Akhirnya pakaian ku basah akibat hujan yang begitu lebat. Aku hanya berjaya 'menyelamatkan' separuh sahaja baju ku. Alangkah menyesal nya diri ku ini. Minta maaf Baldiku.

 Baldi sangat berguna ketika kecemasan dan kebuluran.


#Kisah ini hanya untuk pembacaan santai. Sangat tidak serius, ada part yang bercampur-campur dengan pengalaman lain di asrama.

Berlaku semasa berada di tahun pertama di MRSM.

Pengajaran : Kita sepatutnya menghargai setiap jasa baldi.

Thursday 21 June 2012

Marketing Principle.

Buku ini agak berunsur akademik, tetapi, amat berguna terutama kepada mereka yang baru berjinak dalam dunia perniagaan dan pemasaran.

Sunday 10 June 2012

Masuk Tingkatan 4.

Banyak benda baru yang aku belajar dalam tahun ini. Biologi, fizik, Kimia, matematik tambahan, matematik moden, Agama Islam, Prinsip Akaun, Bahasa Melayu, English dan Sejarah. Memang agak sukar, tapi hidup mesti diteruskan. Agi Idup, Agi Ngelaban!

Respon kepada Himpunan Jutaan Belia 2012 #WajibBaca

*Bercakap berdasarkan pengalaman, tidak menyebelahi mana-mana parti politik (neutral).


Pertama dan utama sekali saya ingin mengucapkan syabas kepada Kerajaan kerana mengadakan perhimpunan yang sangat hebat di kota Putrajaya yang sangat cantik. Dah lama tak datang ke Putrjaya, bila jejak kan kaki ke Putrajaya, memang terasa macam Malaysia ni sebuah negara maju. Bangunan kerajaan yang tinggi dan cantik, lanskap yang menarik, dan kawasan yang bersih.

Dah cukup cerita tentang putrajaya, mari kita cerita tentang pengalaman di Hari Himpunan Jutaan Belia (HHJB) 2012. HHJB diadakan pada 23-27 Mei 2012, pelbagai aktiviti yang menarik yang diadakan. Yang paling menarik adalah Pameran Polis, Bomba dan Tentera.! Segala macam aset darat tentera dan polis di pamerkan kepada pengunjung. Pameran tentera darat termasuk pameran aset pertahanan, senjata, dan maklumat tentang tentera darat. Ada juga pihak komando melakukan demonstrasi menyelamat tebusan dari tahanan pengganas. Cukup dengan letupan dan pelbagai aksi komando dipersembahkan pada penonton. Memang Gempak.! Apa tak nya, masa operasi menyelamat dilakukan kurang daripada 2 minit. Tabik spring la.! Dengar kata, komando ni digabungkan dari GGK, PASKAL dan PASKAU. Tapi tak pasti lah.

Pelbagai aktiviti diadakan pada HHJB ini, daripada perniagaan hingga ke sukan ekstrem. TERIMA KASIH KERAJAAN ATAS PROGRAM YANG HEBAT INI.

Thursday 3 May 2012

Lama sudah blog ini tidak di-update. Terima kasih kepada sesiapa yang masih sudi melawat.

Pesta buku 2012, kali ini di adakan di Putra World Trade Center (PWTC) seperti tahun sebelumnya. Aku turut hadir ke pesta buku sebelum nya. Memang rugi pergi 1st day sebab tak banyak diskaun yang dapat. Sempat melawat semua kedai. Mencari buku Blue Ocean Stratergy. Tapi buku tersebut dijual dengan harga RM 100+ (totally over bajet). So, jalan punya jalan terjumpa gerai PTS. Cari punya cari, terjumpa buku Abd Latip Talib. Penulis kegemaran aku. Harga buku dia memang gila gaban murah. Harga kat luar jual about RM 130. Tapi kat pesta buku hanya RM 80. Wow.! Tanpa berfikir panjang, aku pun capai buku tu, keluarkan duit dan terus bayar kat kaunter. Tengok-tengok, duit kat poket tinggal RM 5 je. Nasib baik ade Smart Tag. Balik dengan KTM dengan muka bahagia.! Kepada yang nak datang, aku cadangkan biar datang last minute. Baru banyak diskaun.! hahaha.!! Wokey sekian laporan saya.

Friday 13 April 2012

Friday 2 March 2012

Jadi seorang yang gagal amat menyakitkan.

Pada 29 febuari yang lalu, aku pergi ke IMC (sekolah memandu) untuk menjalani ujian JPJ. Ujian untuk memastikan aku berjaya untuk lesen motor dan kereta. Malangnya, nasib tak menyebelahi diri apabila aku pulang dengan tangan kosong. Mungkin kerana terlalu gemuruh. Ya Allah, terseksa betul rasa kegagalan JPJ ni. Habis duit 'burn'. Mahal pulak tu.!! Akan datang, ada lagi ujian ulangan JPJ. Tolong doakan terbaik. Aku akan buat yang terbaik untuk dapatkan lesen tanpa membazirkan masa dan duit yang berharga. DOAKAN SAYA ek.! Sekian. -

Monday 30 January 2012

Senjata Idamanku..





Memang pelik, bila remaja lain nak iPhone, Samsung Galaxy, iPad. Aku pulak nak senjata. Hahaha.. Agak gila arr bagi orang yang tak biasa dengan "budak PELIK" macam aku ni. Takpe, ni target aku untuk dapatkan lesen senjata api dan beli Raifal HK 416. My lovely sweetheart. Mungkin impian ni tak dapat tercapai dalam masa terdekat ni. Tapi aku akan berusaha lebih gigih untuk mendapatkan senjata ni. Untuk pengetahuan pembaca, aku ni bukan la nak gunakan senjata ni untuk pergi bunuh orang, merompak, atau buat perkara-perkara yang menyalahi undang-undang. Cuma minat aku dari kecik. Doakan aku berjaya untuk impian aku. hahaha.. Tak salahkan kalau kita jadi lain daripada yang lain.

SEBAB UTAMA AKU PILIH HK 416!!



Aku dah rancang, kalau jadi kaya nanti, aku nak amik lesen senjata api dan dapatkan HK 416 sendiri. 


Monday 16 January 2012

Maksud Nama




  
MUHAMMAD SYAMIL
M
Mesra
U
Untung
H
Harum
A
Amanah
M
Menawan
M
Manis
A
Alim
D
Dinamik
S
Suci
Y
Yakin
A
Abadi
M
Murah hati
I
Ikhlas
L
Lemah-lembut
Apa ada pada nama?
Hahaha, Perasan je lebih..


Friday 13 January 2012

The Greatest Speech EVER by Rocky Balboa

Life is ain't about sunshine and rainbow.!

Hala tuju selepas habis sekolah.



Dalam era globalisasi ini pelajar yang telah mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buntu dalam membuat keputusan untuk menentukan hala tuju masing-masing. Mereka mengambil mudah dalam membuat keputusan. Walhal, keputusan yang dilakukan ini bakal mempengaruhi cara hidup dan masa hadapan yang bakal di tempuhi pelajar. Setiap pelajar harus mengambil langkah proaktif dan mengambil masa untuk berfikir tentang masa hadapan. Sebagai cadangan, setiap pelajar perlu membuat rancangan dalam melalukan tindakan dan pilihan agar tidak menyesal di kemudian hari. Itu sahaja pendapat yang boleh saya kongsikan untuk 'post' kali ini. Saya percaya anda juga mempunyai pandangan mengenai isu ini. Oleh itu, anda digalakkan berkongsi pandangan dan pendapat dengan admin. Maklumlah, admin baru setahun jagung. Selamat Bahagia. Assalamualaikum dan Jumpa Lagi. ahakz..

Dah Baca ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sentiasa BersamaMu.

Sentiasa BersamaMu.
Palestin Berdarah