Monday 31 August 2009



Hari ini hari KEMERDEKAAN yang ke 52. Ramai orang bersuka-ria menyambut kemerdekaan ini. Malam tadi, selepas solat sunat Terawikh. Aku ternampak budak-budak mengibarkan Jalur Gemilang. Sambutan kemerdekaan di sambut dengan meriah sekali. Ramai orang ke Dataran Shah Alam. Untuk menanti waktu 12.00 pagi (+8.00 GMT/GTA), untuk menanti saat kemerdekaan yang ke-52. Tapi sayang, bendera Malaysia atau Jalur Gemilang tidak di kibarkan. Tiada lagi bendera di lampu-lampu. Tiada lagi hiasan kemerdekaan. Sayang sekali aku rasa. Aku amat kecewa. Semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia sudah luntur. Rakyat Malaysia tidak lagi bersatu untuk menyambut kemerdekaan tidak seperti semasa kita menuntut kemerdekaan dari British. Masjid juga mengadakan banyak majlis dan aktiviti tidak lupa untuk berdoa supaya negara kita terus merdeka dan maju. Bagiku, merdeka tahun ini tidak seberapa meriah. Tapi aku faham kerana umat islam berpuasa. Tetapi, marilah kita bersatu menyambut hari Merdeka.


Pada 31 ogos ini, marilah kita lupakan sengketa politik. Marilah kita bersatu. Menyambut hari kemerdekaan dengan penuh semangat patriotik. Marilah kita menyambut Hari Kebangsaan ini dengan semangat cintakan negara tanpa mengira agama, bangsa, dan warna kulit.


Pada 31 Ogos ini marilah kita menyambut kemerdekaan.!! Janganlah lupa jasa dan pengorbanan perajurit dan pejuang tanah air kita.! Mari kita kekalkan warisan kemerdekaan kita ini sehingga akhr hayat. Selamat Menyambut Kemerdekaan Yang ke-52.!

No comments:

Dah Baca ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sentiasa BersamaMu.

Sentiasa BersamaMu.
Palestin Berdarah