Friday 2 October 2009

Iran Lawan Amerika, Siapa Menang.??

Bendera Jihad.!

Aku baru sahaja tengok video di YouTube. Aku cari (search) “Iran Missile”. Banyak keputusan yang keluar. Kebanyakanya video Propaganda Barat. Berita CNN dan berita barat yang membidas Iran dengan teruk sekali. Aku pun tengok laa satu video ni yang bertajuk “Iran - Consequence of War Against Iran”. Dari video ni aku dapat fikir secara logik yang Amerika bukanlah se’kebal’ yang disangka. Lagipun, Amerika sedang mengalami kemerosotan ekonomi yang teruk. Jadi tidak mungkin mereka berani menyerang iran yang mempunyai persenjataan yang canggih dan hampir setanding senjata kuasa besar lain seperti Russia. Pada pendapat aku, Iran tidak akan menyerang mana-mana negara secara melulu kerana masyarakat dunia sedang memerhati tindak-taduk dan program ketenteraan yang sedang dijalankan Iran. Tetapi, Amerika dan sekutunya berasa terancam apabila Iran menjalankan ujian peluru berpandu dan pengayaan uraniumnya yang didakwa Amerika sebagai usaha untuk membuat bom nuklear. Israel juga berasa terancam apabila Iran memajukan sektor nuklearnya. Berdasarkan fakta dan logik akal, aku percaya yang mereka membina nuklear untuk menjana tenaga. Pemimpin Iran juga ada berkata yang mereka tidak akan menyerang mana-mana negara. Oleh itu, tiada kesangsian yang timbul kerana uranium atau bahan mentah nuklear (plutonium) berada dalam jumlah yang sederhana sikit dan hanya mampu menghasilkan 2 atau 3 bom nuklear sahaja berbanding Israel yang mempunyai gudang nuklear bawah tanah yang di anggap merbahaya kerana mempunyai lebih 40 kepala peledak nuklear yang aktif .

Iran seperti seorang budak, Amerika seperti kereta kebal.
Tidak semestinya kereta kebal akan menang.
-Gambar Hiasan

Aku berharap janganlah berlaku perang nuklear. Israel merupakan negara yang patut membimbangkan masyarakat dunia (PBB) kerana mereka mempunyai peledak nuklear yang merbahaya dengan jumlah yang banyak. Aku berdoa supaya pejuang islam yang sedang berjuang supaya menang dalam perjuangan menegakkan hukum Allah Taala. Sekarang ni, Iran umpama makhluk kerdil yang mencabar raksaksa. Tapi tak semestinya raksaksa akan menang. Kekuatan dan pengalaman Iran dalam peperangan juga tidak boleh di sangkal. Iran adalah sebuah negara yang berdaulat dan sempadan mereka tidak pernah berubah sejak 2000 tahun dahulu.! Maknanya sebelum Amerika 'lahir' lagi.!! Oleh itu, aku sebagai islam mendoakan yang terbaik untuk saudara aku yang sedang berjuang.!!

No comments:

Dah Baca ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sentiasa BersamaMu.

Sentiasa BersamaMu.
Palestin Berdarah