Tuesday 28 August 2012

Hari Raya Menjelma lagi. (2012)


Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca sekalian,
Dengan rendah hati, saya selaku admin blog ini (kisahamilo.blogspot.com) ingin memohon ampun dan maaf ikhlas dari hati kepada para pembaca sekalian jika ada terkasar bahasa, terlanjur bicara, termaki-hamun ataupun ter'post' apa jua tajuk yang mungkin membuat para pembaca sekalian tak puas hati atau terasa. Saya juga manusia biasa yang tak pernah terlepas dari melakukan kesalahan. Raya tahun ini sangat seronok kerana seluruh ahli keluarga berkumpul dan beraya bersama. Kelainan raya pada tahun ini adalah, kami sekeluarga berkonvoi ke rumah keluarga. Terasa sangat kemeriahan raya.



Tidak lupa juga, bulan kemerdekaan akan menjelma 3 hari lagi. Jadi marilah kita sedekahkan al-fatihah kepada pasukan tentera yang telah terkorban mempertahankan tanah air. Dan, marilah kita bersama mempertahankan kemerdekaan kita. Bukan sahaja kemerdekaan fizikal, malah, kemerdekaan mental dan gaya hidup.

Bila Semangat Raya Dan Merdeka bergabung.!!

SALAM LEBARAN


No comments:

Dah Baca ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sentiasa BersamaMu.

Sentiasa BersamaMu.
Palestin Berdarah