Thursday 28 June 2012

Baldi dan kehidupan di MRSM.

Assalamualaikum kepada para pembaca yang dikasihi sekalian,

             Baldi memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan MRSM khas nya dan asrama am nya. Tanpa baldi, hati ini sangat gundah gulana memikirkan masa depan yang tidak menentu. Walaupun dipandang hina oleh sesetengah orang, tetapi baldi lah yang banyak memberi jasa yang tidak ternilai pada baju-baju ku. Kisah nya bermula diwaktu pagi semasa ketiadaan air, baldiku digunakan untuk menandah saki baki air yang masih menitik dari paip. Walaupun arus air bergerak perlahan, baldiku dengan setia menadah air untuk ku mandi. Akhirnya, dapat juga aku mandi dengan penuh keasyik kan sehingga tidak ingat dunia. Dan, setelah balik dari sekolah, baldi ku dengan setia menunggu ku di hadapan pintu. Tanpa belas kasihan, aku mencampak kan baju kotor dan busuk ku ke dalam mulut baldi. Baldi dengan baik hatinya 'menelan' baju ku. Baldi tidak kisah baju tu kotor dan hapak, janji dia dapat berbakti kepada ku. Adapun, bila perut baldiku penuh.. Baldi tidak pernah mengeluh, meleter, menghina dan mencaciku. Baldi senyap dan redha dengan sikapku.  Tiba masa nya aku membasuh pakaian ku di hujung minggu. Aku mengheret dan menyepak lembut baldiku hingga sampai ke tandas sebelah bilik ku. Walaupun beban yang berat terpaksa di bawa baldiku, tetap, baldiku tidak mengeluh, bahkan terus berkhidmat kepada ku. Aku penuh kan air sabun di dalam baldi ku. Bau busuk pakaian ku hilang dan bau harum sabun pakaian memenuhi ruang tandas yang sememangnya busuk. Aku rendam pakaian ku di dalam baldi ku, kemudian, satu per satu pakaian ku sabun dan basuh dengan pengosok merahku. Aku gosok sekuat hatiku dengan harapan kesan degil akan hilang dan bau peluh dari baju akan hilang. Selepas puas, aku bilas baju ku. Aku bilas sehingga baju itu bersih dari sebarang kesan sabun. Aku asingkan baju yang dibasuh di sinki bersebelahan. Kemudian aku ulang prosedur yang sama hingga tiada baju di baldi ku. Setelah selesai membasuh baju, aku buang baki air sabun yang terdapat dalam baldiku. Kemudian aku cuci dengan lemah lembut sehingga tiada saki baki sabun yang tinggal. Lalu, aku perah bajuku satu per satu sehingga bajuku kering. Aku masukkan baju yang kering ke dalam baldi kesayangan ku. Setelah semua baju selesai diperah, aku angkat baldiku ke ampaian di sebelah tandas. Aku berjalan sambil mencari ampaian yang masih kosong."aahh.. situ dia.!", bisik ku dalam hati. Alhamdulillah, ada juga ampaian untuk ku menjemur pakaian ku. Aku jemur pakaian ku semasa matahari tegak berada di atas kepala ku. Semua baju selesai di jemur, aku letak baldi ku di sebelah ampaian dan aku bergegas ke kelas untuk mentelaah pelajaran yang masih tidak ku fahami. Dengan kadar sepantas kilat, aku menyiapkan diriku dengan pakaian smart casual untuk ke kelas. Kemudian, aku keluar dari bilik ku sambil berdoa supaya diberi kefahaman dalam pelajaranku. Aku berjalan seorang diri ke kelas, melalui dewan selera lelaki dan terus ke kelas ku 4 Al-Farabi.. Tiada orang dalam kelas ku.. Aku seorang sahaja, tetapi, itu tidak mematahkan semangatku untuk menimba ilmu. Aku sentiasa berpegang pada nasihat guru ku,"Susah susah dulu, senang senang kemudian.". Setelah lebih 3 jam berada di dalam kelas, tiba-tiba aku teringat yang waktu makan tengah hari sudah berlalu. Lebih 30 minit kemudian, awan mendung mula kelihatan. Semakin lama, persekitaran semakin gelap. Aku teringat baju jemuran ku yag masih di asrama. Aku simpan alat tulis ku dan bergegas ke asrama Al-Ghazali. Setitik demi setitik air hujan jatuh membasahi bumi. Hujan semakin lebat dan angin mula bertiup kencang. Aku berlari ke asrama ku, setelah sampai, aku segera ke ampaian. Alangkah kecewanya hatiku bila Baldi yang banyak berjasa telah hilang. Mungkin diambil orang, mungkin juga orang terambil. Rasa menyesal mula menghantui diriku. "kenapa lah aku tak simpan Baldiku dalam bilik?!", bisik hatiku. Jemuran ku aku angkat. Akhirnya pakaian ku basah akibat hujan yang begitu lebat. Aku hanya berjaya 'menyelamatkan' separuh sahaja baju ku. Alangkah menyesal nya diri ku ini. Minta maaf Baldiku.

 Baldi sangat berguna ketika kecemasan dan kebuluran.


#Kisah ini hanya untuk pembacaan santai. Sangat tidak serius, ada part yang bercampur-campur dengan pengalaman lain di asrama.

Berlaku semasa berada di tahun pertama di MRSM.

Pengajaran : Kita sepatutnya menghargai setiap jasa baldi.

Thursday 21 June 2012

Marketing Principle.

Buku ini agak berunsur akademik, tetapi, amat berguna terutama kepada mereka yang baru berjinak dalam dunia perniagaan dan pemasaran.

Sunday 10 June 2012

Masuk Tingkatan 4.

Banyak benda baru yang aku belajar dalam tahun ini. Biologi, fizik, Kimia, matematik tambahan, matematik moden, Agama Islam, Prinsip Akaun, Bahasa Melayu, English dan Sejarah. Memang agak sukar, tapi hidup mesti diteruskan. Agi Idup, Agi Ngelaban!

Respon kepada Himpunan Jutaan Belia 2012 #WajibBaca

*Bercakap berdasarkan pengalaman, tidak menyebelahi mana-mana parti politik (neutral).


Pertama dan utama sekali saya ingin mengucapkan syabas kepada Kerajaan kerana mengadakan perhimpunan yang sangat hebat di kota Putrajaya yang sangat cantik. Dah lama tak datang ke Putrjaya, bila jejak kan kaki ke Putrajaya, memang terasa macam Malaysia ni sebuah negara maju. Bangunan kerajaan yang tinggi dan cantik, lanskap yang menarik, dan kawasan yang bersih.

Dah cukup cerita tentang putrajaya, mari kita cerita tentang pengalaman di Hari Himpunan Jutaan Belia (HHJB) 2012. HHJB diadakan pada 23-27 Mei 2012, pelbagai aktiviti yang menarik yang diadakan. Yang paling menarik adalah Pameran Polis, Bomba dan Tentera.! Segala macam aset darat tentera dan polis di pamerkan kepada pengunjung. Pameran tentera darat termasuk pameran aset pertahanan, senjata, dan maklumat tentang tentera darat. Ada juga pihak komando melakukan demonstrasi menyelamat tebusan dari tahanan pengganas. Cukup dengan letupan dan pelbagai aksi komando dipersembahkan pada penonton. Memang Gempak.! Apa tak nya, masa operasi menyelamat dilakukan kurang daripada 2 minit. Tabik spring la.! Dengar kata, komando ni digabungkan dari GGK, PASKAL dan PASKAU. Tapi tak pasti lah.

Pelbagai aktiviti diadakan pada HHJB ini, daripada perniagaan hingga ke sukan ekstrem. TERIMA KASIH KERAJAAN ATAS PROGRAM YANG HEBAT INI.

Dah Baca ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sentiasa BersamaMu.

Sentiasa BersamaMu.
Palestin Berdarah