Dah cukup cerita tentang putrajaya, mari kita cerita tentang pengalaman di Hari Himpunan Jutaan Belia (HHJB) 2012. HHJB diadakan pada 23-27 Mei 2012, pelbagai aktiviti yang menarik yang diadakan. Yang paling menarik adalah Pameran Polis, Bomba dan Tentera.! Segala macam aset darat tentera dan polis di pamerkan kepada pengunjung. Pameran tentera darat termasuk pameran aset pertahanan, senjata, dan maklumat tentang tentera darat. Ada juga pihak komando melakukan demonstrasi menyelamat tebusan dari tahanan pengganas. Cukup dengan letupan dan pelbagai aksi komando dipersembahkan pada penonton. Memang Gempak.! Apa tak nya, masa operasi menyelamat dilakukan kurang daripada 2 minit. Tabik spring la.! Dengar kata, komando ni digabungkan dari GGK, PASKAL dan PASKAU. Tapi tak pasti lah.
Pelbagai aktiviti diadakan pada HHJB ini, daripada perniagaan hingga ke sukan ekstrem. TERIMA KASIH KERAJAAN ATAS PROGRAM YANG HEBAT INI.
No comments:
Post a Comment