Friday 26 October 2012

Pengembaraan Bermula


بسم الله

Out from my comfort zone.
Assalamualaikum warahmatullah hiwaba rokatu,

Selamat Menyambut Hari Raya Haji (korban). Unta untuk dikorban.
 

Alhamdulillah, hari ni saya diberikan kesempatan untuk meng'update' blog yang sudah berhabuk ini. Ini adalah post pertama yang saya buat luar dari Malaysia (sayang <3 afrika="afrika" amat="amat" apa="apa" berbeza="berbeza" beza="beza" dari="dari" di="di" kenapa="kenapa" malaysia.="malaysia." malaysia="malaysia" melanjutkan="melanjutkan" negara="negara" p="p" pelajaran="pelajaran" saya="saya" sebuah="sebuah" sedar="sedar" sekali="sekali" sudah="sudah" tak="tak" utara="utara" yang="yang">

Rumah yang nampak seperti tak siap. Dugaan hidup harus ditempuhi dengan tabah.!!



Kobis saiz XXXXXXXL


 

 Kobis segar dari ladang.


 Pizza yang agak murah jika dibandingkan dengan Malaysia.


 Sarapan Ta'miyya di pagi hari.



Tempat yang saya maksudkan adalah negara MESIR. Bumi anbiya, bumi barokah. Seperti yang saya tahu, Mesir atau sebutan arab "Misr" adalah pusat ilmu pangetahuan yang sangat hebat.. Pelajar dari seluruh dunia belajar dari negara ini dalam pelbagai displin ilmu. Antara yang paling popular adalah syariah, usuludin, bahasa arab dan perubatan. Bilangan pelajar malaysia juga semakin meningkat tahun demi tahun.

 Kabus dan hujan menandakan perubahan musim. Dari musim panas ke musim sejuk.

Kenapa Mesir? ada banyak sebab saya ke Mesir. Antaranya adalah, saya ingin belajar pelbagai jenis ilmu yang sukar untuk diperolehi di Malaysia. Contohnya, Bahasa Arab Amiyah, memantapkan cara untuk berkomunikasi dengan orang 'asing' (soft skill), mencari mutiara dalam debu pasir Mesir dan paling penting adalah menuntut ilmu dalam displin saya untuk manfaat manusia sejagat.

Apa perbezaan negara Mesir dengan Malaysia.
Arab sangat mudah di dekati.
  1. Anda akan lebih bersyukur lahir di Malaysia. Kenapa? Kerana di Mesir, jumlah orang miskin sangat ramai. Majoriti penduduk Mesir adalah orang miskin yang berpendapatan kurang dari LE200 (RM 100) sebulan.
  2. Di Mesir, kebanyakan urusan dilakukan secara manual dan masih menggunakan tenaga insan (manusia). Keburukan sistem ini adalah, urusan yang dilakukan terpaksa mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan berbanding sistem berkomputer. Bayangkan, anda sebagai pekerja, terpaksa memunggah timbunan kertas dan file semata-mata untuk membuat tandatangan.
  3. Orang arab Mesir sangat peramah dan mudah didekati. Ada beberapa petua yang saya nak kongsi. Pertama sekali, jika anda mahu dihormati (susah arab nak tipu), Anda perlu meninggikan suara. Cakap dengan jelas, yakin dan tegas. Macam askar nak bercakap dengan CO (Command Officer/Pegawai Pemerintah). Jangan cakap perlahan dan teragak-agak, kelak, anda akan jadi bahan mainan mereka. Kemudian, arab sangat mudah dibawa berbual. Oleh itu,banyak ayat arab baru boleh dipelajari dengan hanya perbualan (tak perlu ambil kelas arab pun). TAPI, jangan sesekali memperlawa arab yang baru dikenali untuk masuk ke rumah.
  
Ta'miyya.. Makanan yang lazat, berkhasiat. Ta'miyya hanya berharga LE1 (RM0.50). Sarapan pagi saya.


Setakat ni, tu je laa nasihat yang boleh saya kongsikan. Saya dah penat dah ni. Dah nak masuk pukul 1 AM. Eh.. lupa nak bagitau, saya belajar di Universiti Tanta. Baru masuk tahun satu. Saya berharap sangat dapat MUMTAZ setiap tahun dan pulang ke Malaysia dengan ilmu penuh di dada. Mintak maaf atas kesalahan saya. Doakan kejayaan saya dunia dan akhirat. Datanglah ke Mesir.

Dah Baca ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sentiasa BersamaMu.

Sentiasa BersamaMu.
Palestin Berdarah