Monday 31 August 2009



Hari ini hari KEMERDEKAAN yang ke 52. Ramai orang bersuka-ria menyambut kemerdekaan ini. Malam tadi, selepas solat sunat Terawikh. Aku ternampak budak-budak mengibarkan Jalur Gemilang. Sambutan kemerdekaan di sambut dengan meriah sekali. Ramai orang ke Dataran Shah Alam. Untuk menanti waktu 12.00 pagi (+8.00 GMT/GTA), untuk menanti saat kemerdekaan yang ke-52. Tapi sayang, bendera Malaysia atau Jalur Gemilang tidak di kibarkan. Tiada lagi bendera di lampu-lampu. Tiada lagi hiasan kemerdekaan. Sayang sekali aku rasa. Aku amat kecewa. Semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia sudah luntur. Rakyat Malaysia tidak lagi bersatu untuk menyambut kemerdekaan tidak seperti semasa kita menuntut kemerdekaan dari British. Masjid juga mengadakan banyak majlis dan aktiviti tidak lupa untuk berdoa supaya negara kita terus merdeka dan maju. Bagiku, merdeka tahun ini tidak seberapa meriah. Tapi aku faham kerana umat islam berpuasa. Tetapi, marilah kita bersatu menyambut hari Merdeka.


Pada 31 ogos ini, marilah kita lupakan sengketa politik. Marilah kita bersatu. Menyambut hari kemerdekaan dengan penuh semangat patriotik. Marilah kita menyambut Hari Kebangsaan ini dengan semangat cintakan negara tanpa mengira agama, bangsa, dan warna kulit.


Pada 31 Ogos ini marilah kita menyambut kemerdekaan.!! Janganlah lupa jasa dan pengorbanan perajurit dan pejuang tanah air kita.! Mari kita kekalkan warisan kemerdekaan kita ini sehingga akhr hayat. Selamat Menyambut Kemerdekaan Yang ke-52.!

Saturday 22 August 2009

Selamat Berpuasa.


Hahaha, Cepat betul lah masa berlalu. Tiba-tiba saja ramadhan datang menjelma. Tak lama lagi Penilaian Menengah Rendah (PMR). Hari ini aku tak ada kerja nak buat. Aku tengok laptop dan tulis blog. Tapi tahun nie tak berape best sikit, Aku kene tuisyen. Tapi tak apa, aku masih boleh pergi terawikh. Hari ni aku memang tak tahu nak buat ape. Selalu kat rumah aku selalu masak. Lepas tu aku makan sampai puas, Tapi untuk satu bulan ni aku kena hentikan tabiat makan aku tu. Setiap Ramadhan aku mesti teringat satu cerita ni. Agak lawak ah. Cerita ni berlaku masa aku kechik dulu. Satu hari ni lah, aku tak tau hari ke berapa. Cuma yang aku ingat masa puasa. Mula-mula aku semangat gila nak puasa. Tapi, aku puasa sampai tengah hari je. Mula-mula aku nak sampai petang. Tapi masa waktu tengah hari aku jalan-jalan lah dalam rumah aku. Aku pusing dari bilik ke bilik. Lepas tu sampai kat bilik kakak aku. Mula-mula aku inagt tak nak masuk. Lepas tu aku masuk gak sebab dah takde kerja sangat. Aku masuk secara mangejut lah. Tiba-tiba aku nampak kakak aku makan roti cokelat, roti kegemaran aku mase tuh. Mula-mula aku nak 'report' kat mak aku. Dengan rasa yang sangat lapar, aku tegok je kakak aku makan roti. Lepas tu kakak aku 'offer' aku satu roti. Masa tu iman aku tercabar betul. Ye lah, aku masa tu budak sekolah rendah lagi. Mula-mula aku tak nak ambil. Tapi perut aku sakit nak makan. Aku pun terima lah offer kakak aku tu. Aku pun makan. Batal puasa aku. Aku makan senyap-senyap ngan kakak aku. Tu lah aku mula-mula nak jadi baik tak tau ah camne aku boleh terpengaruh.


Thursday 6 August 2009

Nak Buat Projek.!

Dah, target aku sekarang ni aku nak cemerlang dalam exam. Nak buat satu video patriotik sempena Kemerdekaan negara kita buat kali ke-52.! Selamat maju jaya MALAYSIA.!

Tuesday 4 August 2009

Hari Kantin High School Klang.
















Mula-mula memang best, Tapi lame2 rase boring pulak.










Super Tension

Ha, Trail PMR dah makin dekat. Otak aku ni macam otak-otak bakar. Bapak pening gile ah waktu ni. Aku aku tak tau ah nape Minggu ni ngan minggu lepas aku pening gila. Tak tahan. Rase macam nak mati. Sakit betul kepala aku, Badan pulak sakit2. Selsema aku belum hilang lagi. adush dah ar nak exam. Preparation pun aku belum buat. Mata aku pulak sakit kene cakar kucing.! Sial punye kucing.! Time ni aku tak tau ah ape nak buat, aku berserah je ah. Moga PMR aku 8A.! kaki aku bapak sakit.

Dah Baca ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sentiasa BersamaMu.

Sentiasa BersamaMu.
Palestin Berdarah