Thursday 23 July 2009

Dia.



Dulu dia kawan saya,

Dulu dia baik,

Dulu dia pendiam.

           Tapi sekarang dia dah berubah. Sekarang, Dia sombong, sekarang dia Jahat, sekarang dia banyak cakap, sekarang dia anggap aku musuh. Sejak dulu Dia-lah kawan saya, sejak dulu-lah Dia selalu minta aku tolong Dia, Bila aku susah dia selalu tolong saya. Tapi sekarang dia dah lupakan saya. Dia dah ada kawan baru. Dia dah tak kisah pasal saya lagi. Saya tak kesah, Itu hak dia. Sekarang saya kena teruskan hidup saya cara saya. Saya tak kesah dia berubah. Siapa saya nak marah dia. Tahun ni saya dan Dia PMR. Saya harap saya dan Dia berjaya Dunia dan Akhirat. Cari kawan umpama mencari permata di padang pasir, Bukan senang nak jumpa.! Bila dah jumpa, Hargainya.



Friday 17 July 2009

Badminton.

ARGHH...
'stress' btol hari ni, Hari ni aku kalah lawan James Lee dan pasangannya. Kalah teruk.!! 21-02, 21-03.!! Bapak ah, terok btol bagi aku.! tapi takpe.! aku pun mase tu tertekan sangat. aku dah kelam-kabut.! Aku akan berusaha lagi.! Nampaknye aku tak berjaya ke Final.

Thursday 16 July 2009

Badminton Double.

Perasaan aku ni bercampur- campur, aku sekarang ni rasa bersalah betul kat pasangan beregu Najiy dan Harith Iskandar. Aku masuk badminton ni untuk jihad.! hahaha, aku nak tunjuk yang kami juga hebat dalam badminton. Lagipun aku nak jadi wakil negara satu hari nanti. Memang seronok ah masa main badminton tadi, aku menang lawan Najiy dan pasangannya.

Pasukan aku menang 21-11, 21-05. Bapak ah.! Nanti aku lawan dengan budak cina, James Lee dan pasangannya yang aku tak pasti siapa. Aku harap pasukan aku dapat menang Final. Aku dah bersedia dah, esok mungkin aku training dulu sebelum main. Sekarang ni aku dah ketagih badminton dowh.! Tak tau nape.! Best plak. Tapi takpe ah sebab badminton sukan yang sihat. Jadi aku tak kesah ah.!

Hidup aman bersama.

Hahaha, Seronok kita bersatu-padu menjayakan Malaysia . Aku tak perkauman. Aku suka bergaul dengan orang bukan melayu dan melayu. Bagi aku warna kulit bukan membezakan kita. Kita semua satu, Kita orang Malaysia. Marilah kita bersama-sama memajukan Malaysia. Kalau ada yang tak puas hati tak apa. Tapi jangan sampai menghianat negara kita sendiri. Kepada musuh, aku sebagai tenaga muda akan sedia mengorban kan nyawa aku (jika diperlukan) untuk mempertahankan AGAMA(islam) dan NEGARA(Malaysia). Kepada parajurit yang berjuang untuk agama dan negara. Berjuanglah dan terus mara, Jangan undur setapak pun. Selamat Maju Jaya.! Malaysia tanah tumpah darahku, Islam agamaku hingga ke liang lahad (kubur).

Butterfigers The Best.!


Lirik Mati Hidup Kembali - Butterfingers
Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja kupergi
Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak kujumpa
Pendirian tiada kusangka
Tak mengapa oh tak mengapa
(Chorus)

-----------------------------------
Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali
Bawakan kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali
------------------------------------
Agar sepenuh dengan pendirian
Kucapai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya
Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan
p/s :Lagu ni Smart ah.! Aku suke.! Dah lame aku nak 'show' lagu ni, Tapi aku lupe tajuk lagu..

Wednesday 15 July 2009

Aku Jarang Online ah sekarang.

Weyh kawan-kawan, hahaha, skema plak. Weyh, aku sekarang ni jarang online. Jadi, aku pun jarang ah post new blog. aku nak 'belajar' ah. Nanti PMR. Lepas PMR ni baru aku tulis banyak-banyak blog.!

Pertandingan Badminton



Amilo datang ke sini dengan harapan nak menang pertandingan Badminton yang akan diadakan pada Jumaat 17/07/2009. Pertandingan ini akan di hadiri 25 kumpulan bertanding. Pertandingan ini juga mengamalkan dasar kalah mati. Jadi aku mestilah menang dalam pertandingan ini bagi memastikan aku dapat menjuarai pertandingan selebihnya. Selain itu, amilo juga tidak akan menyerah kalah kepada sesiapa yang bermain termasuk pelajar tingkatan 6 bawah. Dengan kekuatan dan latihan yang telah di jalankan, amilo percaya yang kumpulan beregu kami akan Berjaya menang dalam pertandingan badminton terbuka ini. Pasukan kami juga telah merancang pelbagai stratergi untuk mengalahkan pihak lawan. Kami akan berjihad dalam perlawan badminton ini dan membuat sebaik mungkin. Sebenarnya amilo sekarang ni. Tadi baru cikgu norliza masuk, tanye pasal ayah. Sejarah hari ni senang ah gak. Setakat ni ujian aku rase dapat skor A. sekarang ni rambut aku botak, malas nak sikat rambut. Bukan senang nak jadi senang. Itulah motto terbaru aku.




Bukan senang nak jadi senang
Muhammad Syamil Bin Abd.Hamid / amilo_world

Saturday 11 July 2009

Bahasa Melayu bahasa ku.!

Mesej kepada sesiapa yang membantah SC & MT dalam BM.!
Bengap ah orang camtu.! orang cina pun tak suka PPSMI.! Kita Melayu yang tak sedar diri. Patutnye kita perjuangkan bahasa kita.!

tu ah.! KOrang pikir terlalu out the box ah.! Ko pikir BI je ke hidup kita?? blaja BI memang penting, Tp bahasa kita lg penting.! Lagi pon orang dulu2 pon reti BI walaupon mareka belaja SC & MT dlm BM.! Nape kita tak bley.! wei, kita belaj BM ni pon sekolah je. Nanti masuk U nnti kita boleh pilih nak BI ke BM.! Bodoh betul sape yang cakap tak reti BI takkan dapat keje. Yang penting dalam kerja adalah kerajinan kita semasa berkerja bukan soal bahasa.! Patutnye ko sebagai Orang Melayu, ko martabat kan ah BAHASA SENDIRI.!! Ko pikir BI boleh buat kita berjaya?? Aku tak pikir camtuh sebab orang inggeris tuh pun berjaya sebab usaha, bukan sebab bahasa.! Mungkin ilmu lebih banyak dalam bahasa inggeris. Tapi bahasa kita melambangkan siapa kita.! INGAT TU!! tanpa BM, kita hilang identiti kita ah.! Orang putih pun bukan kisah sangat kalo kite tau bahasa diorang.!

Wednesday 1 July 2009

Rosli Dhobi di tali gantung.



Ini adalah surat / wasiat terakhir Rosli dhobi sebelum di gantung samapai mati.
(Here is Rosli Dhobi last letter before he hang to death.)

Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.

1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.

2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita – Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat’ atau `Fardu’ kepada mereka.

3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.

4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.

5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.

6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.

7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.

8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.
Salam sembah dari anakanda.




Rosli Dhoby
1 Mac, 1950.

Pejuang Bangsa,Negara




Panggilan-Mu yang Suci

Wahai pemuda harapan bangsa
Segeralah bangun membuatkan jasa
Kebangunanmu menyedarkan Melayu bangsa
Kehalusan kemajuan aman sentosa

Wahai pemuda bercita suci
Kekalkan Sarawak negara kita yang asli
Meskipun bagaimana ancaman terjadi
Hendaklah sehidup semati

Mengibarkan bendera menggambarkan hati
Menunjukkan rupa bangsa dan negeri
Mengenangkan hak di tanah air sendiri

Wahai pemuda yang bersemangatkan gelisah
Insaflah pada perjuangan bangsa
Lambat-bangat ditakzir Allah
Bangsa dan tanah air tetap merdeka

Nota: Petikan sajak ini telah ditulis oleh Rosli Dhobi dengan menggunakan nama samaran Lidros.

Dah Baca ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sentiasa BersamaMu.

Sentiasa BersamaMu.
Palestin Berdarah